PENDAHULUAN
Nama sebenar Hassan Al-Banna ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed
Al-Bana. Beliau dilahirkan pada Oktober 1906 di Desa Al-Mahmudiya yang terletak
di Daerah Al-Bahriyya, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal daripada keluarga
ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan
nilai-nilai Islam. Ayah beliau Sheikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah
seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah buku kitab hadis dan
fiqah perundangan Islam dan berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau
telah bekerja sebagai seorang tukang jam di Desa Al-Mahmudiya untuk menyara
keluarga. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan
mengajar ilmu agama dan tafsir Al-Quran dan Hadis kepada penduduk tempatan.
Ketika Hassan al-Banna
berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan
Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada
peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh
sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada
tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau
berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam
penubuhan Ikhwan Muslimin. Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna
menyertai tunjuk perasaan relolusi 1919 menentang pemerintahan
British.
Pada tahun 1923 ketika
berusia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sebuah sekolah latihan perguruan
di Kaherah.
Kehidupan di ibu negara Mesirmenawarkannya
peluang yang lebih luas berbanding di kampung serta bertemu dengan pelajar
Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya). Walau
bagaimanapun, beliau amat terganggu dan tidak senang dengan pengaruh kebaratan
yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti
parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan
sosial sekular yang terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan
nilai moral traditional. Hassan al Banna turut kecewa dengan apa yang
dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azharuntuk menyuarakan bangkangan
mereka terhadap peningkatan atheisme dan
pengaruh mubaligh Kristian.
RIWAYAT HIDUP HASSAN AL-BANNA
Nama sebenar Hassan Al-Banna ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed
Al-Bana. Beliau dilahirkan pada Oktober 1906 di Desa Al-Mahmudiya yang terletak
di Daerah Al-Bahriyya, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal daripada keluarga
ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan
nilai-nilai Islam. Ayah beliau Sheikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah
seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah buku kitab hadis dan
fiqah perundangan Islam dan berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau telah
bekerja sebagai seorang tukang jam di Desa Al-Mahmudiya untuk menyara keluarga.
Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu
agama dan tafsir Al-Quran dan Hadis kepada penduduk tempatan.
Ketika Hassan al-Banna
berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan
Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada
peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh
sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada
tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau
berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam
penubuhan Ikhwan Muslimin. Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna
menyertai tunjuk perasaan relolusi 1919 menentang pemerintahan
British.
SIFAT PERIBADI
Imam Al-Banna memiliki
banyak keistimewaan dalam keperibadiannya iaitu peribadi yang sempurna dan
seimbang, pemuda yang aktif, seorang khatib yang hebat, memiliku perasaan yang
lembut, mudah berkomunikasi dengan semua orang sama ada orang awam, petani
mahupun buruh. Beliau juga seorang cendekiawan yang memiliki ilmu, mampu
berinteraksi dengan para cendekiawan lain meskipun ketika beliau berada di
tengah-tengah umat manusia yang takjub kepadanya sama ada dalam kalangan
cendekiawan, hartawan, orang awam, petani, buruh serta yang lainnya.
Ini semua bersesuaian dengan jalan dakwahnya yang berdasarkan kepada pembentukan umat, dakwah dan individu yang seimbang dalam berbagai sisinya.
Selain itu, Imam Al-Banna juga memiliki suatu karakter yang mampu memberikan pengaruh kepada orang yang ada di sekitarnya. Perkara ini kembali kepada asas yang beliau miliki iaitu kedekatan diri kepada Allah.
Kita juga boleh temui bahwa dakwah Al-Ikhwan Al-Muslimun dan anggota Ikhwan itu sendiri telah terpengaruh dengan peribadi Imam Al-Banna; karakternya yang baik, ikhlas dan taatnya kepada Allah yang kesemuanya bersumber pada cahaya kenabian.
Sebagaimana beliau juga memiliki peribadi yang mantap dan lemah lembut, sentiasa menaruh perhatian dan menolong orang-orang yang dizalimi dan dalam sejarahnya telah banyak disaksikan bahwa usaha dan kerja Al-Ikhwan di berbagai tempat, daerah dan negara sentiasa membela hak-hak umat Islam yang dirampas.

PENDIDIKAN HASSAN AL BANNA
Keluarga Imam Hasan Al-Banna
sangat 'alim dalam ilmu Islam dan Sejarah Islam. Keluarganya juga mengamalkan
cara hidup Islam. Imam Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya
sendiri. Dalam usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak
bantuan. Bapanya juga memberi galakan kepadanya untuk mempelajari ilmu Islam.
Tidak lama kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama Madrasah
Ar-Rasyad AdDiniyyah. Di sekolah ini beliau berguru dengan seorang ulamak
terpelajar yang bernama Muhammad Zahran.
Apabila pengurusan sekolah tersebut bertukar tangan dan pengasasnya iaitu Syeikh Muhammad Zahran membuat kerja lain, maka Imam Hasan Al-Banna pun berpindah ke sekolah lain yang bernama Madrasah A’adadiyah. Tahap pengajian sekolah ini adalah lebih tinggi daripada sekolah rendah. Kerajaan Mesir menghapuskan sistem pengajian sekolah A'adadiyah dan menyerahkannya kepada Kementerian Pelajaran. Kini cuma ada dua pilihan saja bagi Hasan Al-Banna. Salah satu daripada pilihan itu ialah memasuki Maahad-i-Dini; iaitu sebuah pusat pengajian yang berhubung terus dengan Universiti Al-Azhar. Langkah ini boleh menjadikannya salah seorang ulamak Al-Azhar. Pilihan yang satu lagi ialah memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur untuk mendapat Ijazah Perguruan. Hasan Al-Banna memilih memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur. Selepas itu tiga tahun berkursus di situ, beliau mendapat pangkat pertama di dalam peperiksaan. Selesai sahaja kursus perguruan tersebut, beliau telah ditawarkan jawatan guru oleh Pejabat Pelajaran Daerah tetapi beliau memilih untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke Universiti Kaherah (Darul Ulum). Ketika itu beliau berusia 16 tahun. Mengikut peraturan, beliau tidak layak memasuki Universiti itu (yakni tidak layak dari segi umur) tetapi peraturan itu dilonggarkan kerana bakat dan keilmuannya yang luar biasa itu. Waktu itu, Darul Ulum terkenal dengan gelaran 'Al-Azhar kecil'. Di sini kursus di beri dengan cara atau kaedah moden. Diantara kursus-kursus yang disediakan ialah Perguruan, Psikologi, Falsafah, Politik,Ilmu Kemasyarakatan, Matematik dan Ilmu Bahasa. Sebaik sahaja diterima masuk, Imam Hasan Al-Banna dan keluarganya pun berpindah ke Kaherah.

Pada bulan Julai, 1927 M.,
Imam Hasan Al-Banna lulus peperiksaan diplomanya dari Darul Ulum (kini terkenal
dengan Universiti Kaherah) dengan mendapat pangkat pertama. Hasan Al-Banna
membahagikan masanya itu ditumpukan kepada pengajiannya dan sebahagian lagi
dihabiskan untuk dakwah Islamiah dan membantu bapanya membaiki jam. Setelah
beliau menamatkan pengajiannya, beliau terpaksa pula membuat pilihan sama ada
beliau patut mengambil biasiswa luar negeri dan meneruskan pengajiannya ke
peringkat yang lebih tinggi ataupun bekerja dengan Jabatan Pelajaran sebagai
seorang guru. Jika beliau bekerja dengan Jabatan Pelajaran, beliau akan
mengajar kanak-kanak pada siang hari dan masa lapangnya pula akan dihabiskan
untuk.mengajar ibu bapa mereka. Kemudian, Darul Ulum mengumumkan bahawa
Biasiswa luar negeri tidak akan ditawarkan kepada mana-mana pelajar kerana
negara Mesir sedang mengalami kekurangan guru waktu itu. Selepas pengumuman tersebut,
beliau tidak ada pilihan lain kecuali menjadi guru. Apabila beliau mula
bertugas sebagai guru di sekolah kerajaan, umurnya baru menjangkau dua puluh
satu tahun. Beliau tinggal di Ismailiah sehingga tahun 1933 M.
KEGIGIHAN HASSAN AL-BANNA
Pada 12 Februari 1949
meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya
pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan
mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke
kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam
hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok,
pemerintah Mesir pada ketika itu.
Sebagai seorang ulama,
Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di
rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah
dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna
juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut.
Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang
penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al
Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.
Sifat kepimpinan Hassan al
Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin
Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh
gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis
zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui
pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya
memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin.
Semasa di Kaherah, Hassan al
Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang
Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik,
kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular
kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai
pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah
Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan
dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan
orang ramai.
Pada peringkat inilah beliau
bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti
Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.
SUMBANGAN HASSAN AL-BANNA
Imam Hasan Al-Banna tiba di
Ismailiah pada tahun 1927 untuk memulakan tugasnya sebagai seorang guru. Beliau
menggunakan masa lapangnya untuk mengkaji dengan teliti corak hidup masyarakat
Ismailiah agar usaha dakwahnya dapat dilancarkan dengan lebih berkesan. Imam
Hasan Al-Banna berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik dan juga seorang
pendakwah yang berjaya. Beliau memulakan usaha dakwahnya di kedai-kedai makan
dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Dalam masa yang singkat sahaja,
ramai telah menjadi pengikutnya.
Dalam bulan Mac, 1928 M., enam orang penting telah berkumpul di rumah Imam Hasan Al-Banna. Mereka telah bersumpah untuk hidup dan mati kerana memperjuangkan Islam. Perjuangan mengejut ini telah menghasilkan satu pertubuhan yang terkenal dengan nama ‘Al-Ikhwan Muslimin’. Batu asas pusat gerakan dan masjid Ikhwan Muslimin telah diletakkan di Ismailiah pada tahun 1929 M. Selepas itu, cawangannya dibuka di kawasan Suez dan Iskandariah. Semenjak itu, Ikhwanul Muslimin pun berkembang dengan pesat menuju ke matlamatnya.
Pada bulan Oktober, 1933 M. Imam Hasan Al-Banna telah ditukarkan ke Kaherah. Tempoh enam tahun yang dihabiskan di Ismailiah merupakan titik permulaan keberkesanan gerakan Ikhwanul Muslimin pada masa depan. Ketika itu, ada satu pertubuhan dakwah di Kaherah yang terkenal dengan nama ‘Jami’atuTahzib-al-Islami’. Pertubuhan ini terdiri daripada belia-belia yang ikhlas terhadap Islam. Para belia ini sangat tertarik dengan kegigihan Ikhwan memperjuangkan Islam sehingga akhirnya mereka turut menjadi ahli Ikhwan agar mereka juga melibatkan diri dalam kegiatannya. Berikutan itu, pertubuhan Jami’atu-Tahzib-al-Islami dan kesemua cawangan-cawangannya telah diserapkan ke dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin.
Apabila Imam Hasan Al-Banna melawat Kaherah dalam tahun 1933 M., beliau dapati usaha Ikhwanul Muslimin di situ telah mencapai kemajuan yang pesat. Lantaran itu, beliau terpaksa meninggalkan jawatan gurunya dan memberi penumpuan sepenuh masa kepada Gerakan Ikhwanul Muslimin.

WASIAT HASSAN AL BANNA
- Dirikan solat apabila mendengar azan,
walau apapun jua keadaan pada waktu itu.
- Bacalah al-Quran, atau pelajari
tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah.
Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak
berfaedah.
- Bercakaplah dengan bahasa Arab yang
fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
- Jangan banyak berdebat dalam apa jua
hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
- Jangan banyak ketawa, kerana hati yang
berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
- Jangan suka berjenaka atau berolok-olok,
kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
- Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi
keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
- Jauhi menghina orang, mencela organisasi
dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
- Perkenalkan dirimu kepada orang yang
engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah
kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.
- Kewajipan selalu lebih banyak daripada
waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan
waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu
sesingkat-singkatnya.
PENGAJARAN HASSAN AL BANNA DALAM MASALAH KHILAFIYYAH
Imam
Hasan Al-Banna mencatatkan dalam Muzakkirat nya tentang kisah beliau
menyampaikan kuliah agama ketika beliau masih berumur dua puluhan tahun. Beliau
menyampaikan kuliah tersebut antara waktu Maghrib dan Isyak di satu sudut di
sebuah masjid kecil. Setelah sekian waktu, kuliah tersebut telah mendapat
perhatian dan para hadirin yang hadir telah bertambah. Termasuk juga yang hadir
adalah di kalangan mereka yang menyimpan sikap dan pendirian lama dalam masalah
khilaf dan suka membangkitkan api perdebatan.
Sehingga pada suatu malam, Imam Hasan al-Banna merasakan terdapat satu kelainan terhadap hadirin yang hadir. Seolah-olah terdapat perbezaan kelompok di kalangan para pendengar termasuk tempat duduk mereka. Pada malam tersebut, belum sempat Imam Hasan al- Banna hendaklah memulakan kuliahnya, tiba-tiba beliau telah diajukan satu soalan.
“Apakah pandangan ustaz tentang masalah tawassul?" Maka al-Banna menjawab:
“Wahai saudaraku, aku berpandangan (bahawa) engkau bukan bermaksud mahu bertanya tentang masalah ini sahaja, tetapi engkau juga mahu bertanya tentang selawat selepas azan, membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, lafaz siyadah Rasul dalam tasyahhud, bagaimana kedudukan ibu bapa Nabi Muhammad s.a.w di akhirat, sampai atau tidak bacaan al-Qur’an kepada si mati, adakah perkumpulan-perkumpulan yang dibina oleh ahli tariqat itu maksiat atau qurbah, dan pelbagai masalah lagi."
Al-Banna sengaja menyenaraikan semua perkara-perkara khilaf tersebut yang telah menyalakan api fitnah sejak sekian lama sehingga membuatkan lelaki penyoal itu tersentak. Lalu lelaki itu menjawab:“Ya, aku mahukan jawapan atas kesemua soalan itu!”
Lalu al-Banna menjawab: “Wahai saudaraku, aku bukanlah seorang alim, tetapi aku seorang guru bandar yang menghafaz sesetengah ayat al-Qur’an dan sesetengah hadith Nabi s.a.w dan mengetahui beberapa hukum agama setelah merujuk kepada kitab-kitab. Lalu aku menawarkan diri untuk mengajarkan ilmu itu kepada orang ramai. Maka sekiranya engkau bertanya kepadaku soalan yang terkeluar daripada apa yang aku tahu maka engkau telah menyukarkan aku, sedangkan barangsiapa yang mengatakan aku tidak tahu dia juga telah berfatwa. Sekiranya engkau merasa puas dengan apa yang aku sampaikan, dan melihat padanya ada kebaikan, maka dengarilah ia. Sekiranya engkau ingin mengetahui lebih lanjut maka bertanyalah kepada para ulama' yang pakar selainku. Mereka mampu memberi fatwa terhadap apa yang kamu mahu. Adapun aku, maka inilah kadar ilmuku, sesungguhnya Allah Ta'ala tidak memberatkan ke atas seseorang melainkan apa yang diusahakan.”
Itulah jawapan Imam Hasan al-Banna kepada lelaki tersebut dan lelaki itu pada hakikatnya tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Imam Hasan al-Banna. Namun dengan ucapan Imam Hasan al-Banna itu para hadirin atau kebanyakan mereka merasa berpuas hati. Lalu dengan kesempatan yang ada Imam Hasan al-Banna meneruskan ucapannya dengan berkata:
“Wahai saudara-saudaraku, aku amat mengetahui bahawa saudara yang bertanya tadi, termasuk juga ramai di kalangan kalian, tidak bermaksud daripada soalan seumpama itu melainkan hanya ingin mengetahui, daripada kumpulan manakah pengajar baru ini? Adakah daripada kumpulan Syeikh Musa atau daripada kumpulan Syeikh Abdul Sami’?! Sesungguhnya pengetahuan ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada kamu, sedangkan kamu telah menghabiskan masa dalam keadaan fitnah selama lapan tahun dan cukuplah sekadar itu. Kesemua masalah itu telah diperselisihkan oleh umat Islam sejak ratusan tahun dan mereka masih terus berselisih pendapat sehingga ke hari ini, namun Allah Ta'ala redha kepada kita untuk berkasih sayang dan bersatu padu serta membenci untuk kita berselisihan dan berpecah-belah. Maka aku ingin mengajak kamu semua berjanji dengan Allah Ta'ala untuk meninggalkan semua perkara-perkara ini sekarang, dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari asas-asas agama dan kaedah-kaedahnya, beramal dengan akhlaknya, kelebihan-kelebihannya yang umum dan petunjuk-petunjuknya yang disepakati. Dan mendirikan segala kewajipan dan sunat serta meninggalkan sikap memberat-beratkan dan terlalu rigid supaya hati menjadi suci. Dan supaya menjadi tujuan kita semua hanya untuk mengetahui kebenaran, bukan hanya kerana sekadar mahu memenangkan satu pandangan. Ketika itu, kita mempelajari kesemua ini bersama dalam keadaan kasih sayang, kepercayaan, kesatuan dan keikhlasan. Aku berharap kamu terimalah pandanganku ini dan agar ia menjadi perjanjian sesama kita untuk berbuat demikian”.

RUJUKAN
btl ka niii , tolong bagi respon
ReplyDeleteBetullahh
Deleteterima kasih membantu,semoga orang yang memudahkan urusan orang lain,maka urusannya akan dipermudahkan.:-)
DeleteAsalam ,minta izin salin ye
Deletetq
ReplyDeletemohon izin pkai artikel ini ye
ReplyDeleteTerima kasih.. senang untuk saya buat rujukan untuk assignment saya
ReplyDeleteMemang terbaik lah...seng skit nk bt asgmnt...x pyh serabut..blog nie memng bagus..sngt ringkas padat dan betul...harap2 blog nie kekal smpai generasi yg akn dtg dn dpt dirujuk lgi...
ReplyDeletenk tnya niee.. yg lain komen nie bdk kv jgk ke???
aah hahahahahaha
DeleteHa ahh
DeleteHAHAHA MCM TAU2 JE COPY AND PASTE JE HAHAAH BOEK2
DeleteUIII HAHAHAHAHAH
DeleteMinta izin salin artikel ini :):)
ReplyDeleteTerima kasih sangat!!!
Harap dapat keizinan..
Assalamualaikum, minta izin nak salin ye, terima kasih!
ReplyDeleteaslm minta izin salin ye..
ReplyDeleteALHAMDULLILAH...Akhirnya ada jugak sumber untuk buat folio ni...Terima kasih kepada penulis...
ReplyDeleteassalammualaikum saya nk berterima kasih atas yg diberi oleh awak....... harap dpt keizinan drpda awak
ReplyDeletebest blog ever yg sy jumpa full dgn maklumat yang semua sy nak semuanya ada kat sini dan sgt ringkas juga padat. terima kasih atas perkongsian ilmu.
ReplyDeleteassalamualaikum,harap penulis blog dapat berikan keizinan ye utk saya ambik isi-isi dalam blog ni.Harap halalkan ye
ReplyDeleteterima kasih dan artikel ini byk membantu budak kurang pandai seperti saya
ReplyDeleteizin salin
ReplyDeleteTerbaiklah blog ni banyak membantu saya dalam folio #kolejvokasionalalorsetar
ReplyDeleteKan
Delete#kolejvikasionalmelakatengah
assalamualaikum..saya meminta izin untuk mengambil point-point dalam blog ini yee..
ReplyDeleteAssalamualaikum saya drpd kohort 18 terima kasih segalanya. semoga diprmudah urusan 😁😊
ReplyDeleteassalammualaikum saya meminta izin untuk menyalin bahagian sumbangan ya ! Terima kasih atas perkongsian !
ReplyDeletedengan ini, sem 4 saya akan lulus dengan mudahnya ;)
ReplyDeleteassalamualaikum,minta izin nak salin ye.
ReplyDeleteassalammualaikum, minta izin buat rujukan assignment. Terima kasih atas info yang diberi
ReplyDeletesalam,saya dari kohort 2019 minta izin salin ya terima kasih :)
ReplyDeleteassalamualaikum,sya mintak izin salin yer untuk lulus sem4
ReplyDeletesalam,minta izin untuk salin yer .. terimakasih
ReplyDeleteassalamualaikum, minta izin buat rujukan ye :) terima kasih banyak banyak!
ReplyDeleteAssalamualaikum Bagus artikel ni Minta izin untuk menyalin terima kasih
ReplyDeletefuhh ramai budak kv eh
ReplyDelete#kvpertanianchenor
ReplyDeleteterima kasih kepada penulis mintak izin salin ye
ReplyDeleteBolehkah saya tahu apakah kesan negatif atas kejadian pembunuhan Hassan al Bannah?
ReplyDelete