Blogger Widgets

Tuesday 5 April 2016

PERLEMBAGAAN

ISI KANDUNGAN
BIL
PERKARA
HALAMAN
1
PENGHARGAAN
1
2
ISI KANDUNGAN
2
3
PENGENALAN
3
4
DEFINISI
5
5
TAKRIF PERLEMBAGAAN
6
6
KONSEP PERLEMBAGAAN
7
7
JENIS PERLEMBAGAAN
8
8
KETERTINGAAN PERLEMBAGAAN
9
9
PINDAAN PERLEMBAGAAN
14
10
PERUNTUKKAN UTAMA PERLEMBAGAAN
15
11
KEPENTINGAN PERLEMBGAAN
17
12
KEPENTINGAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG NEGARA
18
13
RUMUSAN
19
14
LAMPIRAN
20
15
RUJUKAN
21




PENGENALAN
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Sementara itu, setiap negeri mengamalkan adat tradisional iaitu  Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu juga, ia berperanan sebagai garis panduan pembentukkan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.

DEFINISI PERLEMBAGAAN
Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan. Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu, seperti hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah.

Seperti negara lain yang berdaulat di dunia, Malaysia mempunyai suatu Perlembagaan Persekutuan yang berfungsi sebagai undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai perkara mengenai kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain. Dengan lain perkataan, bolehlah kita anggap bahawa Perlembagaan Persekutuan yang mencorakkan sistem pemerintahan di Malaysia.

Perlembagaan Malaysia diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu yang telah digubal dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya ini memulakan tugasnya dalam bulan Jun 1956 dan telah menyiapkan laporan perlembagaan menjelang bulan Februari 1957. Laporan ini kemudiannya dibahaskan oleh parti politik utama negara ini dan diluluskan oleh Majlis Perundangan dalam bulan Jun tahun yang sama. Perlembagaan Persekutuan mula dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 apabila Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan mengandungi semua negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang, dan Melaka.

TAKRIF PERLEMBAGAAN
pakar perlembagaan menyebut perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi bagi kewujudan sebuah negara. Biasanya undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang lain. Mahkamah pula bertindak sebagai penjaga perlembagaan dan mentafsir peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan dengan jelas dan muktamad.
Di negara kita, Perlembagaan Persekutuan menjadi undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang- undang. Ketinggian Perlembagaan Persekutuan boleh difahami dengan jelas di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan, manakala Perkara 75 pula menyebut mana-mana undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal, setakat mana ia berlawanan dengan undang-undang Persekutuan itu.
Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan tertinggi yang menggubal undang- undang seperti yang diperuntukan di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan, sama ada Kerajaan Pusat atau pun Kerajaan Negeri akan mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran mengikut lunas-lunas yang telah digariskan di dalam Perlembagaan.


KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.
     Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.
     Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan Pemerintah seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.
     Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna.




JENIS PERLEMBAGAAN
Terdapat dua jenis perlembagaan iaitu :
         i.            Perlembagaan bertulis
·         Perlembagaan bertulis adalah satu peruntukan dokumen bertulis yang telah digubal sebagai undang-undangsesebuah negara. Maksudnya, setiap tindakan yang ditetapkan di dalam dokumen ini harus dipatuhi dalam apa jua fungsi. Contohnya keputusan mahkamah ataupun cara pemerintahan tiap tiap negara harus berpandukan dokumen perlembagaan. Negara dibawah Perlembagaan Bertulis ini termasuklah Amerika Syarikat, Canada, Malaysia dan juga kebanyakkan dari negara negara Komanwel (Commonwealth).

       ii.            Perlembagaan tidak bertulis
·         Bagi Perlembagaan Tidak Bertulis pula bermaksud negara yang tidak memerintah berpandukan dokumen bertulis seperti United Kingdom. Bagaimanapun, terdapat perkara yang boleh menimbulkan persoalan terhadap pemerintahan di bawah perlembagaan tidak bertulis. Ini kerana walaupun tidak ada sebarang dokumen tunggalatau kumpulan dokumen-dokumen yang mewakili perlembagaan British, namun, setiap tindakan atau undang undang perlembagaan boleh diterbitkan mengikut situasi penting yang pernah berlaku sekiranya ia ada berkaitan dengan undang undang, penulisan undang undang dan keputusan kehakiman negara.
 Sebagai contoh, dalam tiap tiap kes yang berlaku, hakim mahkamah akan membuat keputusan/hukuman berdasarkan rekod terdahulu (melihat situasi yang pernah berlaku dan hukuman pernah dijatuhkan kepada pesalah). Sekiranya sebuah kes itu tidak pernah berlaku sebelumnya, hakim mahkamah berhak menggubal undang undang/hukuman baru. 

KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia juga dikenali sebagai sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara. Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya, setakat mana yang bertentangan itu.
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia
Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman mendapat kuasa masaing-masing daripada Perlembagaan Persekutuan.
YDPA pun sebagai ketua negara juga menjalankan kuasanya mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Sebarang undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan hendaklah terbatal setakat mana undang-undang itu berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan berfungsi untuk menentukan corak pemerintahan negara dan hak-hak rakyat. Menentukan garis panduan atau kuasa-kuasa kepada semua badan dalam sesebuah kerajaan. Menjamin kestabilan politik dan keamanan negara. Menentukan bidang kuasa dalam system kerajaan persekutuan 

KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
YANG DI-PERTUAN AGONG
Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah luas tetapi tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai olehPerdana Menteri. Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siapa yang dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak terikat pada keputusan Perdana Menteri sekiranya tiada parti memenangi undi majoriti (Artikel 40). Ia, bagaimanapun tidak membenarkan hak dan kuasa menyingkirkan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong juga boleh menolak atau menggantung permohonan membubarkan parlimen (Artikel 40). Boleh membubarkan atau menghentikan Parlimen (Artikel 55) tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen dengan permintaan Perdana Menteri (Artikel 43). Boleh menolak undang-undang baru atau pindahan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awal padanya (Artikel 66).
YANG di-Pertuan Agung  mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan LabuaN dan mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Fungsi sebagai Ketua Negara dapat dilihat dalam tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.



KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
PERUNDANGAN
Perundangan (Bahasa Inggeris:Legislation) atau "undang-undang bertulis" adalah undang-undang yang telah digubal oleh legislatif atau badan penggubalan undang-undang lain. Istilah ini boleh merujuk satu undang-undang khusus, atau kesemua undang-undang yang telah digubal, di mana "styatut" juga digunakan untuk merujuk kepada satu undang-undang khusus. Sebelum menjadi perundangan, ia terlibih dahulu dikenali sebagai rang undang-undang, yang juga secara tipikal dikenali sebagai "perundangan" semasa ia sedang dipertimbangkan.
Dalam sesetengah bidang kuasa, legislasi mesti disahkan oleh cabang eksekutif kerajaan terlebih dahulu sebelum ia berkuatkuasa sebagai undang-undang. Di bawah sistem Wesminster yang juga diwarisi oleh Malaysia, satu perundangan dikenali sebagai Akta Parlimen selepas enakmennya. Perundangan lazimnya dicadang oleh suatu ahli legislatif (sebagai contoh wakil rakyat Parlimen atau Kongres) atau oleh cabang eksekutif, dan kemudiannya diperdebatkan oleh ahli-ahli legislatif dan dipinda sebelum diluluskan. Kebanyakan legislatif-legislatif besar meluluskan hanya sebahagian kecil bil-bil yang dicadang dalam suatu sesi perjumpaan. Sama ada satu bil akan mendapat keluluusan dan berkuatkuasa bergantung kepada keutamaan perundangan suatu kerajaan.
Mereka yang mempunyai kuasa formal untuk mencipta perundangan dipanggil penggubal, manakalah kehakiman kerajaan mempunyai kuasa formal untuk mentafsir undang-undang 





KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
PENTADBIRAN EKSEKUTIF
Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.
Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu:
1. Melantik seorang Perdana Menteri.
2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen.
3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.




KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
KEHAKIMAN
·         Kuasa Kehakiman Di Malaysia
Ø  Kehakiman merupakan satu badan dalam sistem perundangan. Kuasa kehakiman diperuntukkan dalam perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
·         Kebebasan Badan Kehakiman
Ø  Kebebasan badan kehakiman dapat dilihat pada kedudukannya yang tidak memihak dan bebas daripada kawalan dua cabang kerajaan yang lain iaitu perundangan dan pentadbiran.
·         Pelantikan Kehakiman
Ø  Pelantikan hakim dibuat oleh YDPA setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat Perdana Menteri.
·         Fungsi Badan Kehakiman
§  Mentafsir Undang-undang
§  Mengadili pendakwaan jenayah
§  Mengadili tindakan sivil
§  Mendengar rayuan daripada mahkamah bawahan
§  Pengurusan harta pusaka
§  Mengeluarkan waran tangkap
§  Menguruskan dan mengadili hal-hal berkaitan hal ehwal keluarga Islam


Ø   
PINDAAN PERLEMBAGAAN
Pindaan perlembagaan boleh dibuat demi kepentingan rakyat. Pindaan Perlembagaan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. Perlembagaan boleh dipinda  melalui empat cara sepertimana yang digariskan di bawah Perkara 159 dan 161E.
i. Mendapat pungutan suara majoriti biasa Majlis Parlimen
ii. Mendapat suara dua pertiga Majlis Parlimen
iii. Mendapat suara dua pertiga Majlis Parlimen dan mendapat keizinan daripada Majlis Raja-raja.
     Perkara yang menyentuh Sabah dan Sarawak memerlukan pungutan suara dua pertiga Majlis
     Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri.
iv. Pindaan Perlembagaan Malaysia juga boleh berlaku melalui Perkara 150. (Perisytiharan darurat)

Perlembagaan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:
i. Agama Islam sebagai agama persekutuan
ii. Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
iii. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
iv. Soal Kerakyatan.



PERUNTUKKAN UTAMA PERLEMBAGAAN
  1. Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 15 bahagian dengan 183 perkara.
  2. Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia merangkumi bahasa, agama, kewarganegaraan,hak asasi, kedudukan istimewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
BAHASA
  • Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
  • Bahasa Malaysia digunakan untuk maksud dan tujuan rasmi, namun penggunaan bahasa lain tidak ditegah.
AGAMA
  • Agama Islam sebagai agama rasmi negara, namun semua orang bebas mengamalkan dan menganuti agama masing-masing.
  •  Raja/Sultan ialah ketua agama Islam.
KEWARGANEGARAAN
·         Mempunyai taraf keanggotaan sesebuah negara.
·         Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan hak terhadap negara.
·         Tanggungjawab utama warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung perlembagaan.
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
  • Tiga perkara menjadi hak keistimewaan utama, iaitu peluang dalam perkhidmatan awam, ekonomi dan pelajaran.
  • Kedudukan istimewa orang Melayu- berhubung dengan tanah rizab.

PERUNTUKKAN UTAMA PERLEMBAGAAN
HAK ASASI
  • Kebebasan beragama- setiap individu bebas mengamalkan agama masing-masing.
  • Kebebasan diri- setiap individu yang tidak bersalah di sisi undang-undang tidak boleh diambil nyawanya, dipaksa kerja, dihukum, dibuang negeri, dihalang bersuara, dilarang berkumpul dan ditegah menubuhkan persatuan.
  • Kebebasan ekonomi- setiap individu bebas menjalankan aktiviti ekonomi selagi tidak bertentangan dengan undang-undang negara.
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
  1. Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini.
  2. Kedudukan perlembagaan adalah lebih tinggi dan mengatasi kekuasaan Yang di- Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.
  3. Perkara 75 menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal dengan sendirinya.
  4. Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia:
    • Peraturan atau prinsip asas yang menjadi penentu pentadbiran sesebuah negara.
    • Menentukan pembahagian kuasa dan pelaksanaan kuasa sesebuah pemerintahan.
    • Sumber kepada penggubalan undang-undang negara.


KEPENTINGAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG NEGARA
Peraturan ialah sesuatu yang ditetapkandan harus dipatuhi oleh anggota komuniti.Peraturan mungkin tidak bertulis tetapi dimaklumi oleh anggota komuniti atau digubal secara rasmi dan dicetak untuk pengetahuan anggota komuniti.Tujuan peraturan adalah untuk menjadi panduandan mengawal kelakuan dan tindakan individu supaya sesuatu komuniti wujud dalam keadaan yang sejahtera,aman,dan teratur.Sebagai rakyat negara demokrasi,kebebasan individu dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Namun begitu,kebebasan individu ini dikawal oleh pelbagai peraturan dan undang-undang.
  Undang-undang ialah peraturan yangdigubal secara rasmi oleh pihak yang berkuasa untuk mengawal kelakuan dan tindakan anggota sesuatu komuniti.Undang-undang dicetak untuk tatapan dan kajian anggota komuniti.Undang-undang mestilah diketuai dan dipatuhi.Sesiapa yang melanggar undang-undang dikatakan telah melakukan kesalahan,dia boleh dan patut didenda oleh pihak yang berwajib.Seseorang itu tidak boleh memberi sebarang alasan"saya tidak tahu" tentang sesuatu undang-undang untuk terlepas daripada melakukan kesalahan.
 Di negara kita,terdapat banyak undang-undang.Misalnya untuk kepentingan golongan remaja yang belum matang,kerajaan mewujudkan pelbagai undang-undang seperti Akta Mahkamah Juvarna,Akta Perlindungan Kanak-kanak,Akta Penjara dan lain-lain.Salah laku juvenil yang merujuk kepada perbuatan jenayah yang dilakukan olehremaja yang berusia di bawah 21 tahunakan didakwa di Mahkamah juvana.Mereka yang sabit kesalahan dikategorikan sebagai banduan muda bagi mereka yang berusia 18 hingga 21 tahun,manakala yang berusia antara 14 hingga 18 tahun dikategorikan sebagai banduan juvenil dan mereka yang berusia di bawah 14 tahun dikategorikan sebagai pesalah kanak-kanak.
  Sesungguhnya,manusia tidak boleh atau tidak mampu hidup bersendirian.Seseorang individu memerlukan orang lain untuk pelbagai tujuan dan kepentingan.Tanpa norma komuniti,peraturan dan undang-undang ini,kehidupan bermasyarakat pasti akan menjadi kucar-kacir,tidak tenang,tidak aman,dan tidak sejahtera.Justeru,kita seharusnya mematuhi norma komuniti,peraturan dan undang-undang demi kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara.



RUMUSAN
Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing dan sehingga kini negara telah mengecapi kemerdekaan hampir mencecah 52 tahun. Penjajahan dan pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan implikasi kepada negara secara tidak langsung.Termasuklah mempengaruhi populasi rakyat Malaysia sehingga kini.Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai semakin ketara di zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi orang-orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar.Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi kesan yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini.Populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak.

      Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini.Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak.Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara.Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.


Thursday 18 February 2016

MICROSOFT WORD 2013 (SEM5)

MICROSOFT WORD 2013
Jika anda pernah menggunakan Word 2010, menggunakan Word 2013 tidaklah akan terasa asing, masih banyak paparan antara muka mahupun menu yang terasa familier. Menu di ribbon / tab masih berada di tempat yang sama, dan banyak dialog stick bayi yang tidak mengalami perubahan. Fokus pada versi ini adalah bagaimana membuat proses membaca dan menulis / editing dokumen menjadi lancar dan terasa tenang. Ikon terkesan sederhana, dan semua bahagian di luar dokumen kurang menarik perhatian. Namun tentu saja, pasti ada ciri-ciri baru atau sekurang-kurangnya ada cara yang lebih baru dalam menggunakan ciri-ciri lama.
Apabila anda lebih memerlukan untuk membaca dokumen daripada menyunting dokumen, pandangan Read More yang baru kelihatan lebih bersih, dan terkesan bebas gangguan, membuat selesa untuk membaca. Automatik menyesuaikan lebar ruang kepada saiz skrin anda, yang akan menenangkan anda jika anda sedang menggunakan komputer tablet. Anda boleh dengan cepat melakukan zoom pada gambar, carta dan jadual atau memaparkan komen.

Jika anda bekerja dengan dokumen yang panjang di paparan Print Layout, anda boleh dengan mudah membuka / menutup heading bersama dengan segala sesuatu yang ada didalamnya. Ciri baru ini membolehkan anda untuk menyembunyikan perincian yang tidak diingini sehingga anda bersedia atau ingin melihatnya, tanpa perlu berpindah ke mod Outline. Anda juga boleh membuka ribbon secara penuh, menyembunyikan butang-butang perintah maupun tab.

Ketika anda bekerja dengan Tracked Changed di dokumen yang sedang anda ulasan, pandangan Simple Markup akan mengurangkan kekacauan dan membuat anda mudah untuk kepekatan pada perubahan yang tertentu. Jika anda log on ke Office dengan akaun Microsoft, senarai dokumen yang baru-baru ini anda gunakan akan disimpan di Cloud. Tidak peduli komputer apa yang anda pakai untuk log on, maklumat tersebut pastilah tersedia. Cloud juga akan mengingat halaman terakhir yang anda baca ketika anda menutup tiap dokumen online. Aktiviti membuka dan menyimpan dokumen di SkyDrive atau SharePoint cukup mudah dilakukan, dan anda juga boleh mengintegrasikan Office dengan perkhidmatan dalam talian lain.

Integrasi Office 2013 secara online juga akan meningkatkan keupayaan anda untuk berkongsi / share dokumen dan untuk kolaborasi dengan author lain di satu dokumen, baik secara berasingan ataupun pada masa yang sama. Anda boleh melakukan hubungan secara langsung dengan yang lain dari Word melalui email, instant messenger atau telefon.
Word 2013 juga boleh membuka dokumen berformat PDF, sehingga anda boleh menyunting atau memformat semula dokumen dan menyimpan hasilnya sebagai dokumen word, format lain atau tetap berformat PDF seperti asalnya.
Anda boleh memasukkan pelbagai video online pada dokumen anda dan memutarnya didalam Word. Anda juga boleh memasukkan gambar dalam talian secara langsung kedalam dokumen tanpa perlu menyimpannya atau memuat turun terlebih dahulu ke komputer anda.
Saat anda menarik / drag gambar atau jadual di dalam dokumen, teks di sekitarnya akan beralih secara serta-merta, memberikan anda keleluasaan untuk mengatur dan merapikan kedudukan yang lebih baik. Panduan untuk meluruskan juga akan automatik muncul untuk membantu anda meluruskan gambar dengan margin atau perenggan laman.
Versi ini juga mengemaskini Word Web App dalam talian supaya selaras dengan Word 2013 di desktop.

Akan tetapi kami akan memberikan ulasan secara menyeluruh dalam berbagai teknik menyimpan dokumen microsoft word yang telah kita buat. Mulai dari teknik yang biasa kita lakukan ketika menyimpan dokumen dari ms. word sampai memberikan sentuhan-sentuhan yang bisa kita berikan ketika menyimpan dokumen.


Adapun cara menyimpan file dari word yang biasa kita lakukan selama ini adalah dengan cara menekanCTRL + S pada keybord lalu memilih folder yang kita inginkan serta memberi nama file dokumen dan menekan tombol save. Itu adalah cara yang mudah dan umum yang sering kita lakukan hingga sampai saat ini.

Ada sedikit tips untuk anda; Usahakan ketika selesai menyimpan file dokumen dan masih melakukan editing maka hendaknya anda selalu mengakhiri dengan menekan CTLR + S ketika selesai mengetik. Baik itu sedikit paragraf atau dengan banyak paragraf. Hal ini penting karena untuk menjaga-jaga kalau leptop atau komputer mati secara tiba-tiba. Cobalah anda memfikirkannya dalam suatu kejadian yang tidak terduga; pada saat itu ditempat anda hujan lebat. Sedang anda masih berkutat dengan komputer yang sedang menyala di ruangan kerja anda. Tiba-tiba listrik pada padahal anda belum menyimpan dokumen yang anda edit tadi. Pasti tahu apa yang saya maksud dari kejadian itu.

Beberapa saat yang lalu saya juga bernah menulis cara menyimpan otomatis dokumen ms word 2013atau sering disebut autosave ketika mengedit file di ms. word 2013. Dengan cara tersebut anda bisa meng-set detik tertentu supaya secara otomatis program microsoft menyimpan dokument anda.

Simaklah tekhnik menyimpan dokumen ms word 2013 berikut ini;
  1. Menyimpan dokumen Microsoft Word 2013 Ketika Terburuburu
    • Menyimpan Dokumen Ketika Terburuburu. Seperti apakah itu? Seperti ketika kita sedang mendapat tugas yang lebih penting dari pada mengedit file ms. word 2013. Seperti juga disaat lepi kita sedang dalam keadaan batai mau habis dan tidak bawa carge laptop. Dari keadaan ini kita bisa menggunakan jalan pintas yaitu dengan menekan tombol F12 pada keyboard dan menekan enter beberapa kali pada keyboard.
  2. Menyimpan dokumen Microsoft Word 2013 dengan cara menekan tombol CTRL + S
    • Menakan tombol CTRL + S untuk menyimpan dokumen microsoft word 2013.
      1. Tekan Tombol CTRL + S
      2. Pilih Recent Folder yang diinginkan atau menekan icon browse
      3. Isi form file name untuk memberi nama file dari dokumen yang anda simpan
      4. Pilih Save As Type untuk memberikan format file dengan ekstensi apa kita menyimpannya.
      5. Klik Save.
  3. Menyimpan dokumen Microsoft Word 2013 dengan cara menekan icon save.
    • Cara yang lain ketika menyimpan dengan menekan icon save. Cara ini seperti cara ketika kita menyimpan menggunakan CTRL + S . Yaitu menggantikan poin nomor 1 pada cara Menakan tombol CTRL + S untuk menyimpan dokumen microsoft word 2013.
  4. Menyimpan dokumen Microsoft Word 2013 Melalui Menu File
    • Cara yang tidak jauh berbeda adalah dengan mengklik menu file pada microsoft word 2013 akan tetapi ada sedikit perbedaan pada poin 1 ketika menyimpan dokumen menggunakan CTRL + S. Perbedaannya adalah sebagai berikut;
      1. Klik Menu File yang ada di pojok kiri atas ms word 2013
      2. Klik Save atau Save As
      3. lakukan langkah 2-5 pada cara menyimpan menggunakan tombol CTRL + S.
  5. Menyimpan dokumen Microsoft Word 2013 dengan cara menekan Keybord F12.
    • Ini adalah cara tercerpat dimana anda cukup menekan tombol F12 pada Keyboard lalu lakukan langkah 3-5 pada menyimpan menggunakan CTRL + S
Adapun cara-cara khusus seperti menyimpan file dokumen menggunakan PasswordMenyimpan dokumen dengan menambahkan nama penulisMenyimpan dokumen dengan cara menambahkan kategori dokumendan menyimpan dokumen dengan tool yang telah disediakan pada ms. word 2013.


KIMIA - ISOTOP / STRUKTUR ATOM

PENDAHULUAN

Isotop merupakan variasi sesuatu unsur kimia. Walaupun hampir semua isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan proton yang sama, setiap isotop mempunyai bilangan neutron yang berbeza. Perkataan isotop berasal dari perkataan Yunani isos ( ἴσος yang bermaksud persamaan) dan topos (τόπος yang bermaksud tempat). Oleh itu, perkataan isotop bermaksud "persamaan dalam tempat yang sama" yang merujuk kepada isotop sesuatu unsur yang mempunyai posisi yang sama dalam jadual berkala. Bilangan proton dalam atom sesuatu nukleus digunakan untuk mengenal pasti sesuatu unsur, namun begitu sesuatu unsur secara prinsip boleh mempunyai bilangan neutron yang berbeza. Nombor neukleon atau nombor jisim (iaitu jumlah proton dan neutron) untuk setiap isotop turut berbeza.
Walaupun bilangan proton dalam atom sesuatu unsur adalah tetap, tetapi kadangkala bilangan neutron mungkin berbeza. Unsur itu dapat wujud dalam lebih daripada satu jenis atom. Atom-atom berbeza bagi unsur yang sama itu dipanggil isotop.
Isotop-isotop sesuatu unsur ialah atom-atom sesuatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama, tetapi bilangan neutron yang berbeza. Ini bermakna isotop-isotop itu mempunyai nombor atom yang sama, tetapi nombor jisim yang berlainan.
Kebanyakan unsur menunjukkan keisotopan, iaitu boleh mempunyai lebih dari satu jenis isotop.
Isotop-isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan proton per atom yang sama. Ini bermakna bilangan elektron per atom isotop-isoop itu juga adalah sama. Jadi konfigurasi elektron bagi semua isotop suatu unsur adalah sama dan oleh itu, isotop-isotop suatu unsur akan mempunyai sifat-sifat fizik iaitu ketumpatantakat leburtakat didih, dan lain-lain yang berbeza.


DEFINISI ISOTOP
"Pelbagai jenis atom unsur yang sama yang mempunyai nombor atom yang sama, tetapi nombor jisim atom yang berbeza (atau berat atom) unsur dipanggil isotop."
Apabila isotop mempunyai nombor atom yang sama, kita boleh mentakrifkannya sebagai:
"Atom unsur yang sama dengan bilangan proton yang sama tetapi nombor yang berlainan neutron dalam nukleus setiap."
Ciri-ciri isotop
Isotop setiap elemen akan mempunyai bilangan yang sama elektron valens atau valens, jadi sifat kimia yang sama.
Ciri-ciri fizikal isotop 'berbeza terutamanya disebabkan oleh variasi dalam bilangan neutron, yang hadir dalam nukleus. Sifat seperti takat lebur, takat didih, ketumpatan dan lain-lain, yang bergantung kepada jisim atom perlu berbeza untuk isotop berbeza sebagai unsur isotop dengan jisim yang berbeza.
Cl - 35.5
Cu = 63.5
Jisim isotop Atom
Kita tahu bahawa atom terdiri daripada neutron, proton dan elektron. Jumlah zarah sokongan besar-besaran di isotop tertentu unsur dipanggil jisim atom.
Jisim atom isotop = jisim neutron + elektron massa + jisim proton.
Oleh kerana jisim elektron adalah mustahil, dalam lingkungan 0.0005449 Amu, jisim atom elektron bersamaan dengan nombor jisim neutron dan proton di dalamnya.
Jisim atom isotop = jisim neutron proton massa +
Juga, kita tahu bahawa jumlah isotop massa adalah nombor bulat. Sekarang, disebabkan isotop jisim atom unsur umumnya pecahan, jumlah jisim isotop perlu integer yang diperolehi oleh pembundaran nilai jisim atom isotop kepada nombor bulat yang terdekat.
Sebagai contoh, dua isotop klorin mempunyai jisim atom sama dengan 34,980 dan 36,977, masing-masing nombor jisim digenapkan kepada 35 dan 37.

SUSUNAN ELEKTRON DALAM ISOTOP

Atom terdiri daripada nukleus yang mengandungi proton dan neutron dengan electron yang mengelilingi nukleus itu. Elektron mengisi petala yang berada pada aras tenaga yang berlainan. Petala pertama hanya boleh menampung dua elektron. Petala kedua boleh menampung maksimum lapan elektron. Petala ketiga boleh menampung lapan atau lapan belas elektron. Elektron perlu mengisi petala pertama sebelum bergerak kepada petala seterusnya.
Sebagai contoh, jika satu atom neutral yang mempunyai nombor proton lapan, petala pertama akan menampung dua elektron dan enam elektron lagi akan ditampung pada petala yang kedua. Maka susunan elektron adalah 2.6 .

JENIS-JENIS ISOTOP

Kebanyakan unsur menunjukkan keisotopan, iaitu boleh mempunyai lebih dari satu jenis isotop.
Contoh:
  • Hidrogen-1 dengan nama isotopnya ialah Protium
Ø  1H ialah isotop hidrogen yang paling biasa dengan ketumpatan sebanyak lebih daripda 99.98%. Kerana nukleus isotop ini hanya terdiri daripada satu proton, ia diberikan nama yang menjelaskan tetapi kurang digunakan; protium. Atom hidrogen ialah atom unsur kimia hidrogen. Atom dengan cas elektrik neutral ini mempunyai satu proton bercas positif dan satu elektron bercas negatif yang diikat pada nukleus oleh daya Coulomb. Hidrogen atom membentuk kira-kira 75% jisim unsur alam semesta. (Kebanyakan jisim alam semesta bukannya dalam bentuk unsur kimia, iaitu jirim "barion", tetapi dalam bentuk jirim gelap dan tenaga gelap.)
Ø  Dalam kehidupan seharian di Bumi, atom hidrogen yang terasing (biasanya dinamakan "hidrogen atom", atau lebih tepat lagi "hidrogen monoatom") adalah sangat jarang. Sebaliknya, hidrogen cenderung untuk bergabung dengan atom-atom lain dalam bentuk sebatian, atau dengan dirinya sendiri untuk menghasilkan gas hidrogen dwiatom yang biasa, H2. Istilah "hidrogen atom" dan "atom hidrogen" memberi makna yang berbeza. Misalnya, satu molekul air mengandungi dua atom hidrogen, tetapi tidak mengandungi hidrogen atom (yang merujuk kepada atom hidrogen yang terasing).

  • Hidrogen-2 dengan nama isotopnya ialah Deuterium
Ø  2H, satu lagi isotop stabil hidrogen, dikenali dengan nama deuterium dan terdiri daripada satu proton dan satu neutron di dalam nukleusnya. Deuterium merangkumi 0.0026 - 0.0184% (berdasarkan populasi, bukan jisim) daripada sampel hidrogen yang terdapat di bumi. Sebahagian kecil nilai ini dijumpai dalam sampel-sampel gas hidrogen, dan sebahagian besar lagi terdapat dalam air laut (0.015% atau 150 ppm). Deuterium tidak radioaktif, dan tidak mendatangkan bahaya toksik yang tinggi. Air yang terdiri daripada deuterium berbanding hidrogen biasa digelar air berat. Deuterium dan sebatiannya digunakan sebagai label tidak radioaktif dalam ujikaji kimia dan sebagai pelarut dalam spektroskopi NMR 1H. Air berat digunakan sebagai penyederhana neutron dan penyejuk dalam reaktor nuklear. Deuterium juga berpotensi menjadi bahan api untuk pelakuran nuklear dagangan.


  • Hidrogen-3 dengan nama isotopnya ialah Tritium
Ø  3H dikenali sebagai tritium dan mengandungi 1 proton dan 2 neutron di dalam nukleusnya. Tritium adalah radioaktif; ia mereput melalui pereputan β untuk membentuk helium-3, dan mempunyai separuh hayat selama 12.32 tahun. Tritium dihasilkan secara semulajadi dalam jumlah yang sedikit melalui interaksi sinar kosmik dengan gas-gas di atmosfera. Tritium juga dilepaskan sewaktu ujian senjata nuklear. Ia digunakan dalam senjata pelakuran termonuklear, sebagai pengesan dalam geokimia isotop, dan dalam perkakas pencahayaan berkuasa sendiri.
Ø  Cara paling biasa untuk menghasilkan tritium ialah dengan melagakan litium-6, isotop biasa litium, dengan neutron di dalam reaktor nuklear.
Ø  Tritium pernah digunakan sebagai radiolabel dalam ujikaji pelabelan kimia dan biologi, namun kegunaannya untuk tujuan itu semakin berkurangan pada hari ini.Pelakuran nuklear D-T menggunakan tritium sebagai zat tindak balas utama bersama dengan deuterium. Proses ini membebaskan tenaga melalui kehilangan jisim apabila kedua-dua zarah itu bertembung dan melakur dalam suhu yang tinggi.

KEGUNAAN ISOTOP DALAM BERBAGAI BIDANG YANG BERLAINAN

KEGUNAAN ISOTOP
              Isotop suatu unsur ialah atom-atom yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berlainan. Isotop-isotop mempunyai nombor proton Z yang sama tetapi nombor nukleon a yang berlainan. Radioisotop ialah isotop yang nukleusnya  tidak stabil. Radioisotop wujud secara semula jadi atau dihasilkan apabila nukleus stabil dihentam dengan zarah alfa, proton atau neutron. Radioisotop akan mereput dengan memancar sinaran radioaktif iaitu zarah alfa, zarah beta atau sinar gama. Ciri-ciri reputan dan sinaran radioaktif yang membolehkan  radioisotop mempunyai kegunaan yang luas ialah:
(a) Bahan radioaktif mereput dengan keaktifan yang semakin berkurangan  berkurangan
(b) Bahan radioaktif mengeluarkan sinaran radioaktif.  
(c) Sinaran radioaktif menembusi bahan.
(d) Sinaran radioaktif menyebabkan pengionan molekul bahan.
(e) Sinaran radioaktif menyebabkan mutasi sel.
(f) Sinaran radioaktif membunuh sel

Ciri-ciri yang berlainan bagi radioisotop yang berbeza menentukan kegunaan radioisotop untuk tujuan yang berlainan dalam bidang perubatan, pertanian, dan perindustrian.

KEGUNAAN ISOTOP DALAM BERBAGAI BIDANG YANG BERLAINAN

Perubatan
            Sinar gama dari kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel-sel barah dalam rawatan radioterapi. Sinar gama ini juga digunakan untuk membunuh kuman dalam proses pensterilan alat perubatan seperti termometer, jarum dan picagari suntikan, alat pembedahan dan sebagainya. Radioisotop natrium-24 disuntik ke dalam salur darah pesakit untuk mengesan kedudukan di mana salur darah disumbat oleh pembekuan darah. Radioisotop fosforus-32 disuntik ke dalam darah pesakit untuk menentukan kedudukan tumor otak. 

Radioisotop iodin-131 digunakan untuk menentukan aktiviti kelenjar tiroid. radioisotop ferum-59 digunakan sebagai unsur penyurih peredaran besi dalam darah. teknetium-99m (m bermaksud metastabil) merupakan satu penyurih yang sesuai digunakan di dalam badan manusia sebab :-

a)      Memancarkan sinar gama sahaja. Sinar gama boleh dikesan dari luar badan dan tidak menyebabkan banyak pengionan semasa melalui tisu badan, dan

b)      Mempunyai setengah hayat yang pendek (6 jam). Selepas 1 hari, keaktifannya tinggal  1/16 daripada nilai asalnya sahaja.

Pertanian
            Kadar dan kuantiti penyerapan baja oleh tumbuhan ditentukan dengan mencampurkan fosfat yang radioaktif ke dalam baja. Selepas suatu masa, tumbuhan itu diuji dengan pembilang Geiger-Muller. Sinaran radioaktif daripada radioisotop digunakan untuk membunuh sertangga perosak. Serangga perosak juga boleh dibiakkkan di makmal. kumudian didedahkan kepada sinar gama. Mutasi berlaku di mana serangga itu boleh menjadi mandul dan tidak dapat membiak.
  
Perindustrian
             Dalam pembuatan kertas,kepingan plastik, dan kepingan logam, pengawalan ketebalan secara automatik boleh dicapai dengan ,meletakkan sumber zarah beta di sebelah kepingan dan pengesan di sebelah yang lain. Jika kepingan itu terlalu nipis, pembilangan yang dicatat oleh pengesan bertambah dan isyarat akan dihantar ke penggelek supaya tekanan pada kepingan dikurangkan.
Tin dan bungkusan disemak dengan memancar zarah beta menerusinya. Jika pembilangan bertambah, tin itu tidak diisi dengan penuh dan akan disingkirkan. 

Radioisotop digunakan untuk mengesan kebocoran paip air bawah tanah. Sedikit garam(NaCl) yang mengandungi radioisotop natrium-24 (setengah hayat yang pendek) dilarutkan ke dalam air di tangki simpanan. 


Satu pengesan tiub Geiger-Muller digerakkan di permukaan tanah mengikut laluan paip itu sehingga pembilangan yang besar dikesan. natrium-24 digunakan sebagai penyurihj kerana:-
·         mempunyai setengah hayat yang pendek supaya keaktifannya dalam air akan turun ke nilai yang tidak merbahaya dalam tempoh yang singkat.
·         memancarkan zarah beta yang dapat menembusi tanah untuk dikesan . (Zarah alfa tidak dapat menembusi tanah manakala sinar gama pula akan menembusi paip yang tidak bocor).
               Semasa pembuatan kain sintetik, kain dicaskan dan akan menarik habuk serta kotoran dari udara. Sumber zarah alfa yang kuat digunakan untuk menyahcas kain sintetik. Sinar gama yang mempunyai kuasa penembusian yang tinggi digunakan untuk mengesan rekahan dalam yang mungkin terdapat di dalam plat keluli.      

 KEBAIKAN ISOTOP DAN KEBURUKAN

KEBAIKAN ISOTOP
1.     pengesan asap
·         Kebanyakan pengesan asap biasa (Gamb. 13-2 ) mengandungi sejumlah kecil 241Am , isotop radioaktif. 241Am dihasilkan dan pulih daripada reaktor nuklear. zarah alfa yang dipancarkan oleh pereputan daripada 241Am mengion udara ( memecahkan molekul udara ke dalam elektron dan ion positif) dan menjana semasa kecil elektrik yang diukur oleh litar semasa yang sensitif.

2.     aplikasi pertanian
·         isotop stabil adalah tracers amat berkesan untuk mengkaji kitaran nitrogen yang pokok. Dalam penyelidikan pertanian , garam 15N adalah digunakan untuk menentukan transformasi nitrogen , metabolisme loji dan kecekapan pengambilan fertilzer . Isotec menyediakan komuniti penyelidikan pertanian dengan pelbagai sebatian 15N dilabelkan dalam pelbagai enrichments isotop.

3.     radioactive tracers
·         pelbagai prosedur diagnostik menggunakan sejumlah kecil isotop radioaktif , biasanya disuntik ke dalam pesakit aliran darah untuk tujuan pengimejan beberapa bahagian badan. Radiasi yang berguna daripada isotop seperti biasanya sinar gamma , yang boleh dikesan di luar badan.

4.     archaeological dating
·         dengan membandingkan aktiviti sampel mati dengan aktiviti massa sama sampel hidup.
·         karbon -14 adalah radioisotop dengan separuh hayat 5730 tahun dan pereputan yang  dengan mengeluarkan zarah beta.
·         haiwan tamu dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bahagian yang dikenali karbon - 14 dalam  tisu mereka yang masih berterusan.

5.     kegunaan perubatan
·         Ujian dan merawat kelenjar tiroid terlalu aktif atau beberapa jenis kanser tiroid.
-          Suntikan intravena iodin- 123 ( separuh hayat 13 jam) atau Iodin -131 (Separuh hayat 8 hari)
·         Mengesan kedudukan darah beku / trombosis
-          Suntik natrium -24 ke dalam aliran darah

·         Mengesan dan merawat tumor otak
-          Menggunakan fosforus – 32
·         Cobalt -60 ( mengeluarkan gamma ray ) digunakan untuk
-          Musnahkan sel kanser dalam radioterapi

KEBURUKAN ISOTOP
1.     negatif ke atas kesihatan
·         demerit utama menggunakan radioisotop dalam perubatan nuklear adalah bahawa ia mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Tisu yang rosak, yang membawa kepada kulit terbakar, mual, penyakit seperti leukemia dan kanser paru-paru, ini akhirnya membawa kepada kematian.

2.     mahal
·         radioisotop adalah lebih mahal dan tidak semua hospital boleh membayar harga untuk memakan mereka. Mereka juga tidak dapat tidak sukar untuk menyimpan kerana mereka terus meninggalkan radiasi

3.     kesan terhadap organisma
·         jika radioisotop terdedah kepada benda hidup dalam kuantiti yang besar, ia akan mempunyai kesan ke atas ini organisma imuniti dan ketahanan, bergantung kepada jenis radioisotop dikeluarkan pada kepada organisma.

4.     mutasi
·         salah satu masalah yang radioisotop menyebabkan mutasi genetik

5.     hapus keaslian
·         satu enzim yang boleh menghapuskan keaslian dan gangguan sintesis protein boleh berlaku jika radioisotop digunakan dalam jumlah yang berlebihan, sekali gus membawa kepada rosak enzim atau protein