Blogger Widgets

Tuesday 5 April 2016

PERLEMBAGAAN

ISI KANDUNGAN
BIL
PERKARA
HALAMAN
1
PENGHARGAAN
1
2
ISI KANDUNGAN
2
3
PENGENALAN
3
4
DEFINISI
5
5
TAKRIF PERLEMBAGAAN
6
6
KONSEP PERLEMBAGAAN
7
7
JENIS PERLEMBAGAAN
8
8
KETERTINGAAN PERLEMBAGAAN
9
9
PINDAAN PERLEMBAGAAN
14
10
PERUNTUKKAN UTAMA PERLEMBAGAAN
15
11
KEPENTINGAN PERLEMBGAAN
17
12
KEPENTINGAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG NEGARA
18
13
RUMUSAN
19
14
LAMPIRAN
20
15
RUJUKAN
21




PENGENALAN
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Sementara itu, setiap negeri mengamalkan adat tradisional iaitu  Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu juga, ia berperanan sebagai garis panduan pembentukkan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.

DEFINISI PERLEMBAGAAN
Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan. Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu, seperti hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah.

Seperti negara lain yang berdaulat di dunia, Malaysia mempunyai suatu Perlembagaan Persekutuan yang berfungsi sebagai undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai perkara mengenai kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain. Dengan lain perkataan, bolehlah kita anggap bahawa Perlembagaan Persekutuan yang mencorakkan sistem pemerintahan di Malaysia.

Perlembagaan Malaysia diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu yang telah digubal dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya ini memulakan tugasnya dalam bulan Jun 1956 dan telah menyiapkan laporan perlembagaan menjelang bulan Februari 1957. Laporan ini kemudiannya dibahaskan oleh parti politik utama negara ini dan diluluskan oleh Majlis Perundangan dalam bulan Jun tahun yang sama. Perlembagaan Persekutuan mula dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 apabila Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan mengandungi semua negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang, dan Melaka.

TAKRIF PERLEMBAGAAN
pakar perlembagaan menyebut perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi bagi kewujudan sebuah negara. Biasanya undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang lain. Mahkamah pula bertindak sebagai penjaga perlembagaan dan mentafsir peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan dengan jelas dan muktamad.
Di negara kita, Perlembagaan Persekutuan menjadi undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang- undang. Ketinggian Perlembagaan Persekutuan boleh difahami dengan jelas di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan, manakala Perkara 75 pula menyebut mana-mana undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal, setakat mana ia berlawanan dengan undang-undang Persekutuan itu.
Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan tertinggi yang menggubal undang- undang seperti yang diperuntukan di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan, sama ada Kerajaan Pusat atau pun Kerajaan Negeri akan mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran mengikut lunas-lunas yang telah digariskan di dalam Perlembagaan.


KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.
     Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.
     Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan Pemerintah seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.
     Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna.




JENIS PERLEMBAGAAN
Terdapat dua jenis perlembagaan iaitu :
         i.            Perlembagaan bertulis
·         Perlembagaan bertulis adalah satu peruntukan dokumen bertulis yang telah digubal sebagai undang-undangsesebuah negara. Maksudnya, setiap tindakan yang ditetapkan di dalam dokumen ini harus dipatuhi dalam apa jua fungsi. Contohnya keputusan mahkamah ataupun cara pemerintahan tiap tiap negara harus berpandukan dokumen perlembagaan. Negara dibawah Perlembagaan Bertulis ini termasuklah Amerika Syarikat, Canada, Malaysia dan juga kebanyakkan dari negara negara Komanwel (Commonwealth).

       ii.            Perlembagaan tidak bertulis
·         Bagi Perlembagaan Tidak Bertulis pula bermaksud negara yang tidak memerintah berpandukan dokumen bertulis seperti United Kingdom. Bagaimanapun, terdapat perkara yang boleh menimbulkan persoalan terhadap pemerintahan di bawah perlembagaan tidak bertulis. Ini kerana walaupun tidak ada sebarang dokumen tunggalatau kumpulan dokumen-dokumen yang mewakili perlembagaan British, namun, setiap tindakan atau undang undang perlembagaan boleh diterbitkan mengikut situasi penting yang pernah berlaku sekiranya ia ada berkaitan dengan undang undang, penulisan undang undang dan keputusan kehakiman negara.
 Sebagai contoh, dalam tiap tiap kes yang berlaku, hakim mahkamah akan membuat keputusan/hukuman berdasarkan rekod terdahulu (melihat situasi yang pernah berlaku dan hukuman pernah dijatuhkan kepada pesalah). Sekiranya sebuah kes itu tidak pernah berlaku sebelumnya, hakim mahkamah berhak menggubal undang undang/hukuman baru. 

KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia juga dikenali sebagai sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara. Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya, setakat mana yang bertentangan itu.
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia
Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman mendapat kuasa masaing-masing daripada Perlembagaan Persekutuan.
YDPA pun sebagai ketua negara juga menjalankan kuasanya mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Sebarang undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan hendaklah terbatal setakat mana undang-undang itu berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan berfungsi untuk menentukan corak pemerintahan negara dan hak-hak rakyat. Menentukan garis panduan atau kuasa-kuasa kepada semua badan dalam sesebuah kerajaan. Menjamin kestabilan politik dan keamanan negara. Menentukan bidang kuasa dalam system kerajaan persekutuan 

KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
YANG DI-PERTUAN AGONG
Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah luas tetapi tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai olehPerdana Menteri. Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siapa yang dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak terikat pada keputusan Perdana Menteri sekiranya tiada parti memenangi undi majoriti (Artikel 40). Ia, bagaimanapun tidak membenarkan hak dan kuasa menyingkirkan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong juga boleh menolak atau menggantung permohonan membubarkan parlimen (Artikel 40). Boleh membubarkan atau menghentikan Parlimen (Artikel 55) tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen dengan permintaan Perdana Menteri (Artikel 43). Boleh menolak undang-undang baru atau pindahan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awal padanya (Artikel 66).
YANG di-Pertuan Agung  mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan LabuaN dan mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Fungsi sebagai Ketua Negara dapat dilihat dalam tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.



KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
PERUNDANGAN
Perundangan (Bahasa Inggeris:Legislation) atau "undang-undang bertulis" adalah undang-undang yang telah digubal oleh legislatif atau badan penggubalan undang-undang lain. Istilah ini boleh merujuk satu undang-undang khusus, atau kesemua undang-undang yang telah digubal, di mana "styatut" juga digunakan untuk merujuk kepada satu undang-undang khusus. Sebelum menjadi perundangan, ia terlibih dahulu dikenali sebagai rang undang-undang, yang juga secara tipikal dikenali sebagai "perundangan" semasa ia sedang dipertimbangkan.
Dalam sesetengah bidang kuasa, legislasi mesti disahkan oleh cabang eksekutif kerajaan terlebih dahulu sebelum ia berkuatkuasa sebagai undang-undang. Di bawah sistem Wesminster yang juga diwarisi oleh Malaysia, satu perundangan dikenali sebagai Akta Parlimen selepas enakmennya. Perundangan lazimnya dicadang oleh suatu ahli legislatif (sebagai contoh wakil rakyat Parlimen atau Kongres) atau oleh cabang eksekutif, dan kemudiannya diperdebatkan oleh ahli-ahli legislatif dan dipinda sebelum diluluskan. Kebanyakan legislatif-legislatif besar meluluskan hanya sebahagian kecil bil-bil yang dicadang dalam suatu sesi perjumpaan. Sama ada satu bil akan mendapat keluluusan dan berkuatkuasa bergantung kepada keutamaan perundangan suatu kerajaan.
Mereka yang mempunyai kuasa formal untuk mencipta perundangan dipanggil penggubal, manakalah kehakiman kerajaan mempunyai kuasa formal untuk mentafsir undang-undang 





KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
PENTADBIRAN EKSEKUTIF
Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.
Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu:
1. Melantik seorang Perdana Menteri.
2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen.
3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.




KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
KEHAKIMAN
·         Kuasa Kehakiman Di Malaysia
Ø  Kehakiman merupakan satu badan dalam sistem perundangan. Kuasa kehakiman diperuntukkan dalam perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
·         Kebebasan Badan Kehakiman
Ø  Kebebasan badan kehakiman dapat dilihat pada kedudukannya yang tidak memihak dan bebas daripada kawalan dua cabang kerajaan yang lain iaitu perundangan dan pentadbiran.
·         Pelantikan Kehakiman
Ø  Pelantikan hakim dibuat oleh YDPA setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat Perdana Menteri.
·         Fungsi Badan Kehakiman
§  Mentafsir Undang-undang
§  Mengadili pendakwaan jenayah
§  Mengadili tindakan sivil
§  Mendengar rayuan daripada mahkamah bawahan
§  Pengurusan harta pusaka
§  Mengeluarkan waran tangkap
§  Menguruskan dan mengadili hal-hal berkaitan hal ehwal keluarga Islam


Ø   
PINDAAN PERLEMBAGAAN
Pindaan perlembagaan boleh dibuat demi kepentingan rakyat. Pindaan Perlembagaan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. Perlembagaan boleh dipinda  melalui empat cara sepertimana yang digariskan di bawah Perkara 159 dan 161E.
i. Mendapat pungutan suara majoriti biasa Majlis Parlimen
ii. Mendapat suara dua pertiga Majlis Parlimen
iii. Mendapat suara dua pertiga Majlis Parlimen dan mendapat keizinan daripada Majlis Raja-raja.
     Perkara yang menyentuh Sabah dan Sarawak memerlukan pungutan suara dua pertiga Majlis
     Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri.
iv. Pindaan Perlembagaan Malaysia juga boleh berlaku melalui Perkara 150. (Perisytiharan darurat)

Perlembagaan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:
i. Agama Islam sebagai agama persekutuan
ii. Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
iii. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
iv. Soal Kerakyatan.



PERUNTUKKAN UTAMA PERLEMBAGAAN
  1. Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 15 bahagian dengan 183 perkara.
  2. Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia merangkumi bahasa, agama, kewarganegaraan,hak asasi, kedudukan istimewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
BAHASA
  • Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
  • Bahasa Malaysia digunakan untuk maksud dan tujuan rasmi, namun penggunaan bahasa lain tidak ditegah.
AGAMA
  • Agama Islam sebagai agama rasmi negara, namun semua orang bebas mengamalkan dan menganuti agama masing-masing.
  •  Raja/Sultan ialah ketua agama Islam.
KEWARGANEGARAAN
·         Mempunyai taraf keanggotaan sesebuah negara.
·         Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan hak terhadap negara.
·         Tanggungjawab utama warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung perlembagaan.
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
  • Tiga perkara menjadi hak keistimewaan utama, iaitu peluang dalam perkhidmatan awam, ekonomi dan pelajaran.
  • Kedudukan istimewa orang Melayu- berhubung dengan tanah rizab.

PERUNTUKKAN UTAMA PERLEMBAGAAN
HAK ASASI
  • Kebebasan beragama- setiap individu bebas mengamalkan agama masing-masing.
  • Kebebasan diri- setiap individu yang tidak bersalah di sisi undang-undang tidak boleh diambil nyawanya, dipaksa kerja, dihukum, dibuang negeri, dihalang bersuara, dilarang berkumpul dan ditegah menubuhkan persatuan.
  • Kebebasan ekonomi- setiap individu bebas menjalankan aktiviti ekonomi selagi tidak bertentangan dengan undang-undang negara.
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
  1. Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini.
  2. Kedudukan perlembagaan adalah lebih tinggi dan mengatasi kekuasaan Yang di- Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.
  3. Perkara 75 menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal dengan sendirinya.
  4. Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia:
    • Peraturan atau prinsip asas yang menjadi penentu pentadbiran sesebuah negara.
    • Menentukan pembahagian kuasa dan pelaksanaan kuasa sesebuah pemerintahan.
    • Sumber kepada penggubalan undang-undang negara.


KEPENTINGAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG NEGARA
Peraturan ialah sesuatu yang ditetapkandan harus dipatuhi oleh anggota komuniti.Peraturan mungkin tidak bertulis tetapi dimaklumi oleh anggota komuniti atau digubal secara rasmi dan dicetak untuk pengetahuan anggota komuniti.Tujuan peraturan adalah untuk menjadi panduandan mengawal kelakuan dan tindakan individu supaya sesuatu komuniti wujud dalam keadaan yang sejahtera,aman,dan teratur.Sebagai rakyat negara demokrasi,kebebasan individu dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Namun begitu,kebebasan individu ini dikawal oleh pelbagai peraturan dan undang-undang.
  Undang-undang ialah peraturan yangdigubal secara rasmi oleh pihak yang berkuasa untuk mengawal kelakuan dan tindakan anggota sesuatu komuniti.Undang-undang dicetak untuk tatapan dan kajian anggota komuniti.Undang-undang mestilah diketuai dan dipatuhi.Sesiapa yang melanggar undang-undang dikatakan telah melakukan kesalahan,dia boleh dan patut didenda oleh pihak yang berwajib.Seseorang itu tidak boleh memberi sebarang alasan"saya tidak tahu" tentang sesuatu undang-undang untuk terlepas daripada melakukan kesalahan.
 Di negara kita,terdapat banyak undang-undang.Misalnya untuk kepentingan golongan remaja yang belum matang,kerajaan mewujudkan pelbagai undang-undang seperti Akta Mahkamah Juvarna,Akta Perlindungan Kanak-kanak,Akta Penjara dan lain-lain.Salah laku juvenil yang merujuk kepada perbuatan jenayah yang dilakukan olehremaja yang berusia di bawah 21 tahunakan didakwa di Mahkamah juvana.Mereka yang sabit kesalahan dikategorikan sebagai banduan muda bagi mereka yang berusia 18 hingga 21 tahun,manakala yang berusia antara 14 hingga 18 tahun dikategorikan sebagai banduan juvenil dan mereka yang berusia di bawah 14 tahun dikategorikan sebagai pesalah kanak-kanak.
  Sesungguhnya,manusia tidak boleh atau tidak mampu hidup bersendirian.Seseorang individu memerlukan orang lain untuk pelbagai tujuan dan kepentingan.Tanpa norma komuniti,peraturan dan undang-undang ini,kehidupan bermasyarakat pasti akan menjadi kucar-kacir,tidak tenang,tidak aman,dan tidak sejahtera.Justeru,kita seharusnya mematuhi norma komuniti,peraturan dan undang-undang demi kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara.



RUMUSAN
Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing dan sehingga kini negara telah mengecapi kemerdekaan hampir mencecah 52 tahun. Penjajahan dan pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan implikasi kepada negara secara tidak langsung.Termasuklah mempengaruhi populasi rakyat Malaysia sehingga kini.Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai semakin ketara di zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi orang-orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar.Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi kesan yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini.Populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak.

      Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini.Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak.Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara.Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.