Blogger Widgets

Monday, 7 September 2015

FOLIO HASSAN AL BANNA SEMESTER 4

PENDAHULUAN

Nama sebenar Hassan Al-Banna ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed Al-Bana. Beliau dilahirkan pada Oktober 1906 di Desa Al-Mahmudiya yang terletak di Daerah Al-Bahriyya, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal daripada keluarga ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Ayah beliau Sheikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah buku kitab hadis dan fiqah perundangan Islam dan berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau telah bekerja sebagai seorang tukang jam di Desa Al-Mahmudiya untuk menyara keluarga. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu agama dan tafsir Al-Quran dan Hadis kepada penduduk tempatan.
Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin. Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan relolusi 1919 menentang pemerintahan British.  
Pada tahun 1923 ketika berusia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sebuah sekolah latihan perguruan di Kaherah. Kehidupan di ibu negara Mesirmenawarkannya peluang yang lebih luas berbanding di kampung serta bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya). Walau bagaimanapun, beliau amat terganggu dan tidak senang dengan pengaruh kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular yang terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. Hassan al Banna turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azharuntuk menyuarakan bangkangan mereka terhadap peningkatan atheisme dan pengaruh mubaligh Kristian.

RIWAYAT HIDUP HASSAN AL-BANNA

Nama sebenar Hassan Al-Banna ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed Al-Bana. Beliau dilahirkan pada Oktober 1906 di Desa Al-Mahmudiya yang terletak di Daerah Al-Bahriyya, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal daripada keluarga ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Ayah beliau Sheikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah buku kitab hadis dan fiqah perundangan Islam dan berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau telah bekerja sebagai seorang tukang jam di Desa Al-Mahmudiya untuk menyara keluarga. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu agama dan tafsir Al-Quran dan Hadis kepada penduduk tempatan.
Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin. Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan relolusi 1919 menentang pemerintahan British.  
SIFAT PERIBADI

Imam Al-Banna memiliki banyak keistimewaan dalam keperibadiannya iaitu peribadi yang sempurna dan seimbang, pemuda yang aktif, seorang khatib yang hebat, memiliku perasaan yang lembut, mudah berkomunikasi dengan semua orang sama ada orang awam, petani mahupun buruh. Beliau juga seorang cendekiawan yang memiliki ilmu, mampu berinteraksi dengan para cendekiawan lain meskipun ketika beliau berada di tengah-tengah umat manusia yang takjub kepadanya sama ada dalam kalangan cendekiawan, hartawan, orang awam, petani, buruh serta yang lainnya.

Ini semua bersesuaian dengan jalan dakwahnya yang berdasarkan kepada pembentukan umat, dakwah dan individu yang seimbang dalam berbagai sisinya.

Selain itu, Imam Al-Banna juga memiliki suatu karakter yang mampu memberikan pengaruh kepada orang yang ada di sekitarnya. Perkara ini kembali kepada asas yang beliau miliki iaitu kedekatan diri kepada Allah.

Kita juga boleh temui bahwa dakwah Al-Ikhwan Al-Muslimun dan anggota Ikhwan itu sendiri telah terpengaruh dengan peribadi Imam Al-Banna; karakternya yang baik, ikhlas dan taatnya kepada Allah yang kesemuanya bersumber pada cahaya kenabian.

Sebagaimana beliau juga memiliki peribadi yang mantap dan lemah lembut, sentiasa menaruh perhatian dan menolong orang-orang yang dizalimi dan dalam sejarahnya telah banyak disaksikan bahwa usaha dan kerja Al-Ikhwan di berbagai tempat, daerah dan negara sentiasa membela hak-hak umat Islam yang dirampas.

 PENDIDIKAN HASSAN AL BANNA

Keluarga Imam Hasan Al-Banna sangat 'alim dalam ilmu Islam dan Sejarah Islam. Keluarganya juga mengamalkan cara hidup Islam. Imam Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri. Dalam usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak bantuan. Bapanya juga memberi galakan kepadanya untuk mempelajari ilmu Islam. Tidak lama kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama Madrasah Ar-Rasyad AdDiniyyah. Di sekolah ini beliau berguru dengan seorang ulamak terpelajar yang bernama Muhammad Zahran.

Apabila pengurusan sekolah tersebut bertukar tangan dan pengasasnya iaitu Syeikh Muhammad Zahran membuat kerja lain, maka Imam Hasan Al-Banna pun berpindah ke sekolah lain yang bernama Madrasah A’adadiyah. Tahap pengajian sekolah ini adalah lebih tinggi daripada sekolah rendah. Kerajaan Mesir menghapuskan sistem pengajian sekolah A'adadiyah dan menyerahkannya kepada Kementerian Pelajaran. Kini cuma ada dua pilihan saja bagi Hasan Al-Banna. Salah satu daripada pilihan itu ialah memasuki Maahad-i-Dini; iaitu sebuah pusat pengajian yang berhubung terus dengan Universiti Al-Azhar. Langkah ini boleh menjadikannya salah seorang ulamak Al-Azhar. Pilihan yang satu lagi ialah memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur untuk mendapat Ijazah Perguruan. Hasan Al-Banna memilih memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur. Selepas itu tiga tahun berkursus di situ, beliau mendapat pangkat pertama di dalam peperiksaan. Selesai sahaja kursus perguruan tersebut, beliau telah ditawarkan jawatan guru oleh Pejabat Pelajaran Daerah tetapi beliau memilih untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke Universiti Kaherah (Darul Ulum). Ketika itu beliau berusia 16 tahun. Mengikut peraturan, beliau tidak layak memasuki Universiti itu (yakni tidak layak dari segi umur) tetapi peraturan itu dilonggarkan kerana bakat dan keilmuannya yang luar biasa itu. Waktu itu, Darul Ulum terkenal dengan gelaran 'Al-Azhar kecil'. Di sini kursus di beri dengan cara atau kaedah moden. Diantara kursus-kursus yang disediakan ialah Perguruan, Psikologi, Falsafah, Politik,Ilmu Kemasyarakatan, Matematik dan Ilmu Bahasa. Sebaik sahaja diterima masuk, Imam Hasan Al-Banna dan keluarganya pun berpindah ke Kaherah.


Pada bulan Julai, 1927 M., Imam Hasan Al-Banna lulus peperiksaan diplomanya dari Darul Ulum (kini terkenal dengan Universiti Kaherah) dengan mendapat pangkat pertama. Hasan Al-Banna membahagikan masanya itu ditumpukan kepada pengajiannya dan sebahagian lagi dihabiskan untuk dakwah Islamiah dan membantu bapanya membaiki jam. Setelah beliau menamatkan pengajiannya, beliau terpaksa pula membuat pilihan sama ada beliau patut mengambil biasiswa luar negeri dan meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi ataupun bekerja dengan Jabatan Pelajaran sebagai seorang guru. Jika beliau bekerja dengan Jabatan Pelajaran, beliau akan mengajar kanak-kanak pada siang hari dan masa lapangnya pula akan dihabiskan untuk.mengajar ibu bapa mereka. Kemudian, Darul Ulum mengumumkan bahawa Biasiswa luar negeri tidak akan ditawarkan kepada mana-mana pelajar kerana negara Mesir sedang mengalami kekurangan guru waktu itu. Selepas pengumuman tersebut, beliau tidak ada pilihan lain kecuali menjadi guru. Apabila beliau mula bertugas sebagai guru di sekolah kerajaan, umurnya baru menjangkau dua puluh satu tahun. Beliau tinggal di Ismailiah sehingga tahun 1933 M.

KEGIGIHAN HASSAN AL-BANNA

Pada 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.
Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.
Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin.
Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.
Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

SUMBANGAN HASSAN AL-BANNA

Imam Hasan Al-Banna tiba di Ismailiah pada tahun 1927 untuk memulakan tugasnya sebagai seorang guru. Beliau menggunakan masa lapangnya untuk mengkaji dengan teliti corak hidup masyarakat Ismailiah agar usaha dakwahnya dapat dilancarkan dengan lebih berkesan. Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik dan juga seorang pendakwah yang berjaya. Beliau memulakan usaha dakwahnya di kedai-kedai makan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Dalam masa yang singkat sahaja, ramai telah menjadi pengikutnya.

Dalam bulan Mac, 1928 M., enam orang penting telah berkumpul di rumah Imam Hasan Al-Banna. Mereka telah bersumpah untuk hidup dan mati kerana memperjuangkan Islam. Perjuangan mengejut ini telah menghasilkan satu pertubuhan yang terkenal dengan nama ‘Al-Ikhwan Muslimin’. Batu asas pusat gerakan dan masjid Ikhwan Muslimin telah diletakkan di Ismailiah pada tahun 1929 M. Selepas itu, cawangannya dibuka di kawasan Suez dan Iskandariah. Semenjak itu, Ikhwanul Muslimin pun berkembang dengan pesat menuju ke matlamatnya.

Pada bulan Oktober, 1933 M. Imam Hasan Al-Banna telah ditukarkan ke Kaherah. Tempoh enam tahun yang dihabiskan di Ismailiah merupakan titik permulaan keberkesanan gerakan Ikhwanul Muslimin pada masa depan. Ketika itu, ada satu pertubuhan dakwah di Kaherah yang terkenal dengan nama ‘Jami’atuTahzib-al-Islami’. Pertubuhan ini terdiri daripada belia-belia yang ikhlas terhadap Islam. Para belia ini sangat tertarik dengan kegigihan Ikhwan memperjuangkan Islam sehingga akhirnya mereka turut menjadi ahli Ikhwan agar mereka juga melibatkan diri dalam kegiatannya. Berikutan itu, pertubuhan Jami’atu-Tahzib-al-Islami dan kesemua cawangan-cawangannya telah diserapkan ke dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin.

Apabila Imam Hasan Al-Banna melawat Kaherah dalam tahun 1933 M., beliau dapati usaha Ikhwanul Muslimin di situ telah mencapai kemajuan yang pesat. Lantaran itu, beliau terpaksa meninggalkan jawatan gurunya dan memberi penumpuan sepenuh masa kepada Gerakan Ikhwanul Muslimin.

WASIAT HASSAN AL BANNA

  1. Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.
  2. Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
  3. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
  4. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
  6. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
  7. Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
  8. Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
  9. Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.
  10. Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

PENGAJARAN HASSAN AL BANNA DALAM MASALAH KHILAFIYYAH

Imam Hasan Al-Banna mencatatkan dalam Muzakkirat nya tentang kisah beliau menyampaikan kuliah agama ketika beliau masih berumur dua puluhan tahun. Beliau menyampaikan kuliah tersebut antara waktu Maghrib dan Isyak di satu sudut di sebuah masjid kecil. Setelah sekian waktu, kuliah tersebut telah mendapat perhatian dan para hadirin yang hadir telah bertambah. Termasuk juga yang hadir adalah di kalangan mereka yang menyimpan sikap dan pendirian lama dalam masalah khilaf dan suka membangkitkan api perdebatan.

Sehingga pada suatu malam, Imam Hasan al-Banna merasakan terdapat satu kelainan terhadap hadirin yang hadir. Seolah-olah terdapat perbezaan kelompok di kalangan para pendengar termasuk tempat duduk mereka. Pada malam tersebut, belum sempat Imam Hasan al- Banna hendaklah memulakan kuliahnya, tiba-tiba beliau telah diajukan satu soalan.

“Apakah pandangan ustaz tentang masalah tawassul?" Maka al-Banna menjawab:

“Wahai saudaraku, aku berpandangan (bahawa) engkau bukan bermaksud mahu bertanya tentang masalah ini sahaja, tetapi engkau juga mahu bertanya tentang selawat selepas azan, membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, lafaz siyadah Rasul dalam tasyahhud, bagaimana kedudukan ibu bapa Nabi Muhammad s.a.w di akhirat, sampai atau tidak bacaan al-Qur’an kepada si mati, adakah perkumpulan-perkumpulan yang dibina oleh ahli tariqat itu maksiat atau qurbah, dan pelbagai masalah lagi."

Al-Banna sengaja menyenaraikan semua perkara-perkara khilaf tersebut yang telah menyalakan api fitnah sejak sekian lama sehingga membuatkan lelaki penyoal itu tersentak. Lalu lelaki itu menjawab:“Ya, aku mahukan jawapan atas kesemua soalan itu!”

Lalu al-Banna menjawab: “Wahai saudaraku, aku bukanlah seorang alim, tetapi aku seorang guru bandar yang menghafaz sesetengah ayat al-Qur’an dan sesetengah hadith Nabi s.a.w dan mengetahui beberapa hukum agama setelah merujuk kepada kitab-kitab. Lalu aku menawarkan diri untuk mengajarkan ilmu itu kepada orang ramai. Maka sekiranya engkau bertanya kepadaku soalan yang terkeluar daripada apa yang aku tahu maka engkau telah menyukarkan aku, sedangkan barangsiapa yang mengatakan aku tidak tahu dia juga telah berfatwa. Sekiranya engkau merasa puas dengan apa yang aku sampaikan, dan melihat padanya ada kebaikan, maka dengarilah ia. Sekiranya engkau ingin mengetahui lebih lanjut maka bertanyalah kepada para ulama' yang pakar selainku. Mereka mampu memberi fatwa terhadap apa yang kamu mahu. Adapun aku, maka inilah kadar ilmuku, sesungguhnya Allah Ta'ala tidak memberatkan ke atas seseorang melainkan apa yang diusahakan.”

Itulah jawapan Imam Hasan al-Banna kepada lelaki tersebut dan lelaki itu pada hakikatnya tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Imam Hasan al-Banna. Namun dengan ucapan Imam Hasan al-Banna itu para hadirin atau kebanyakan mereka merasa berpuas hati. Lalu dengan kesempatan yang ada Imam Hasan al-Banna meneruskan ucapannya dengan berkata:

“Wahai saudara-saudaraku, aku amat mengetahui bahawa saudara yang bertanya tadi, termasuk juga ramai di kalangan kalian, tidak bermaksud daripada soalan seumpama itu melainkan hanya ingin mengetahui, daripada kumpulan manakah pengajar baru ini? Adakah daripada kumpulan Syeikh Musa atau daripada kumpulan Syeikh Abdul Sami’?! Sesungguhnya pengetahuan ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada kamu, sedangkan kamu telah menghabiskan masa dalam keadaan fitnah selama lapan tahun dan cukuplah sekadar itu. Kesemua masalah itu telah diperselisihkan oleh umat Islam sejak ratusan tahun dan mereka masih terus berselisih pendapat sehingga ke hari ini, namun Allah Ta'ala redha kepada kita untuk berkasih sayang dan bersatu padu serta membenci untuk kita berselisihan dan berpecah-belah. Maka aku ingin mengajak kamu semua berjanji dengan Allah Ta'ala untuk meninggalkan semua perkara-perkara ini sekarang, dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari asas-asas agama dan kaedah-kaedahnya, beramal dengan akhlaknya, kelebihan-kelebihannya yang umum dan petunjuk-petunjuknya yang disepakati. Dan mendirikan segala kewajipan dan sunat serta meninggalkan sikap memberat-beratkan dan terlalu rigid supaya hati menjadi suci. Dan supaya menjadi tujuan kita semua hanya untuk mengetahui kebenaran, bukan hanya kerana sekadar mahu memenangkan satu pandangan. Ketika itu, kita mempelajari kesemua ini bersama dalam keadaan kasih sayang, kepercayaan, kesatuan dan keikhlasan. Aku berharap kamu terimalah pandanganku ini dan agar ia menjadi perjanjian sesama kita untuk berbuat demikian”.

RUJUKAN  

38 comments:

  1. btl ka niii , tolong bagi respon

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih membantu,semoga orang yang memudahkan urusan orang lain,maka urusannya akan dipermudahkan.:-)

      Delete
  2. mohon izin pkai artikel ini ye

    ReplyDelete
  3. Terima kasih.. senang untuk saya buat rujukan untuk assignment saya

    ReplyDelete
  4. Memang terbaik lah...seng skit nk bt asgmnt...x pyh serabut..blog nie memng bagus..sngt ringkas padat dan betul...harap2 blog nie kekal smpai generasi yg akn dtg dn dpt dirujuk lgi...
    nk tnya niee.. yg lain komen nie bdk kv jgk ke???

    ReplyDelete
  5. Minta izin salin artikel ini :):)
    Terima kasih sangat!!!
    Harap dapat keizinan..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, minta izin nak salin ye, terima kasih!

    ReplyDelete
  7. aslm minta izin salin ye..

    ReplyDelete
  8. ALHAMDULLILAH...Akhirnya ada jugak sumber untuk buat folio ni...Terima kasih kepada penulis...

    ReplyDelete
  9. assalammualaikum saya nk berterima kasih atas yg diberi oleh awak....... harap dpt keizinan drpda awak

    ReplyDelete
  10. best blog ever yg sy jumpa full dgn maklumat yang semua sy nak semuanya ada kat sini dan sgt ringkas juga padat. terima kasih atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum,harap penulis blog dapat berikan keizinan ye utk saya ambik isi-isi dalam blog ni.Harap halalkan ye

    ReplyDelete
  12. terima kasih dan artikel ini byk membantu budak kurang pandai seperti saya

    ReplyDelete
  13. Terbaiklah blog ni banyak membantu saya dalam folio #kolejvokasionalalorsetar

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum..saya meminta izin untuk mengambil point-point dalam blog ini yee..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum saya drpd kohort 18 terima kasih segalanya. semoga diprmudah urusan 😁😊

    ReplyDelete
  16. assalammualaikum saya meminta izin untuk menyalin bahagian sumbangan ya ! Terima kasih atas perkongsian !

    ReplyDelete
  17. dengan ini, sem 4 saya akan lulus dengan mudahnya ;)

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum,minta izin nak salin ye.

    ReplyDelete
  19. assalammualaikum, minta izin buat rujukan assignment. Terima kasih atas info yang diberi

    ReplyDelete
  20. salam,saya dari kohort 2019 minta izin salin ya terima kasih :)

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum,sya mintak izin salin yer untuk lulus sem4

    ReplyDelete
  22. salam,minta izin untuk salin yer .. terimakasih

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum, minta izin buat rujukan ye :) terima kasih banyak banyak!

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Bagus artikel ni Minta izin untuk menyalin terima kasih

    ReplyDelete
  25. terima kasih kepada penulis mintak izin salin ye

    ReplyDelete
  26. Bolehkah saya tahu apakah kesan negatif atas kejadian pembunuhan Hassan al Bannah?

    ReplyDelete