RIWAYAT HIDUP
Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah
keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan
pelajarannya. Ayahnya,Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun
Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur
ad-Din.
Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak
orang Kurd biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu
sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang
menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak
Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela
akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya
demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran
sehingga ke hari ini.
Salahuddin menerima latihan ketenteraan
daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu
merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam
kempennya menentang Kerajaan
Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah
(akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada
tahun 1169. Di sana, dia mengambil
alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawahKerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat
awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau
dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun
sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam
mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke
atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu
dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.
Apabila khalifah itu meninggal dunia pada
bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama KhalifahAl-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat.
Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil
Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan
perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya
mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga
Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan.
Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke
atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau
kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan
Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.
SIFAT
PERIBADI
Stanley
Lane Poole seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang
gabenor yang memiliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan
sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang yang hebat pada masa hadapan. Akan
tetapi ia menunjukkan akhlak mulia. Antara sifat peribadi Salahuddin Al Ayubi
adalah :
i.
Seorang yang amanah dan tidak lupa akan Allah
·
Penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberi
masa kepada rakyat dua kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Semua
orang boleh berjumpa dengannya. Beliau sendiri akan membacakan aduan yang
diterima dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulisnya akan tindakan yang
perlu diambil dan terus ditandatanganinya. Beliau tidak membenarkan orang
meninggalkannya selagi beliau belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam waktu
yang sama, beliau bertasbih kepada Allah.
ii.
Seorang yang sabar dan tidak cepat marah
·
Beliau sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu
dan khadamnya walaupun mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya.
Beliau tidak pernah menunjukkan kemarahanya kepada pembantunya. Pada suatu
ketika, beliau hendak mandi selepas mengalami sakit yang lama dan didapati air
yang disediakan agak panas lalu dimintanya air sejuk. Sebanyak dua kali
khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kearahnya. Disebabkan beliau belum
sihat, beliau merasakan kesejukan te,tapi ia hanya berkata, “katakana saja
kalau kau tak suka kepadaku”. Lalu khadamnya meminta maaf dan beliau terus
memaafkannya.
iii.
Seorang yang pemurah dan baik
·
Suatu ketika beliau berjaya menawan bandar ‘Amad. Lalu
seorang perwira tentera, Qurra Arslan menyatakan keinginannya untuk memerintah
bandar itu. Dengan senang hati, beliau memberikannya. Bahkan beberapa ketika,
beliau menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Lihat betapa
pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk
digunakan semasa kecemasan. Jika beliau tahu, akan disedekahkan khazanah negara
sehingga habis.
iv.
Seorang yang mempunyai hati yang lembut
·
Hatinya sangat lembut hingga mudah terkesan apabila
melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari, seorang perempuan
kristian dating mengadu kehilangan bayi. Perempuan itu menangis di hadapan
Salahuddin sambil menceritakan banyinya hilang dari khemahnya. Perempuan itu
mengatakan bahawa hanya Salahuddin yang boleh dapatkan bayi itu kembali.
Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu hinggan beliau turut menangis.
KEGIGIHAN
SALAHUDDIN AL AYUBI
Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin
mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun.
Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan
tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya.
Maka Salahuddin menjawab, “Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang
kuda”.
Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat
sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. “Apabila ia sakit”, kata
Bahauddin, Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur
akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda
untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan
orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari
menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya
akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada
waktu malam”.
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh
menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan
tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika
berperang ia sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang
mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan
memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada
mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin.
Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa
lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perkara ini ia segera
mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang
berkecamuk dengan sengitnya.
Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang
untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga
600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih
sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa
ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal
tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang.
Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu
peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran
dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah
merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin
dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya
mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi
kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang
7,000 mayat-mayat.
Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu
hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, “Aku hendak beri tahu padamu apa yang
ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah
kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku,
ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku
akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan
meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau
jika ajalku sampai.
SUMBANGAN
SALAHUDDIN AL AYUBI
Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam.
Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan
semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan
diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja
Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja
duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua
kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan
melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah
aku akan menuntut bela Muhammat atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya
dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal
dari khemah.
Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana
menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan
mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja
membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas,
jadi terjadilah apa yang telah terjadi".
Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam
dan Nabi Muhammad. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin
mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas
kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani.
Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada nabi kamu ,
Muhammad, untuk menyelematkan kamu". Apabila ia mendapat berita ini ia
telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat
menangkapnya.
Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga
mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia
mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat
gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan
utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru
negerinya. Di samping Qur’an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.
Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang
dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta
sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur’an.
SUMBANGAN
SALAHUDDIN AL AYUBI
Antara sumbangan Salahuddin Al Ayubi dalam peperangan adalah :-
Peperangan Salib di Hittin
Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin
dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24
Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja
Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald
dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari
Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga
tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole
menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang
tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah.
Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu
di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala
manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian
telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang
dapat dilihat memutih dari jauh.
Salahuddin Menawan Baitul Muqaddis
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin
untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin
sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan
mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab,
583H, iaitu pada hari Isra’ Mi’raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat
Rasulullah SAW naik ke langit.
Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan.
Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang
biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang
datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang
untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua
pembesar-pembesar datang. Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan
Allah” telah memenuhi langit.
Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul
Muqaddid. Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan. Betapa
hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu
betapa hebatnya hari itu.
SUMBANGAN
SALAHUDDIN AL AYUBI
Perang Salib Ketiga
Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang
Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh
Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa
hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan
tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan
dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin.
Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti
Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus
raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders
telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa
pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan
kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh
tentera bersekutu yang besar itu.
Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah
pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat
perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah
pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah
pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.
Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang
Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada
bulan Julai, 1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan
orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192 M,
keseluruhannya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke
Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun
sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian.
Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja
England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders
dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan
Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada
pemerintahan Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik
dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu,
tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.
Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang
telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan
Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan
itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga
mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq
mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak
pernah berbelah bagi.
Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di
Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini,
Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari
Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang
Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi
Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan dari pada mula
peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.
Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa
syura. Ia mempunyai majlis syura (musyawarah)yang membuat keputusan-keputusan
ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri.
Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang
lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu
ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya,
pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai
sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya
menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan
perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada
Salahuddin.
IKHTIBAR DARI
KISAH HIDUP SALAHUDDIN
Sifat
kepahlawanan Salahuddin Al-Ayubi sentiasa menjadi contoh dan tauladan yang baik
kepada setiap orang Islam di dunia ini. Sebagai manusia biasa, kita harus
menjadikan tokoh-tokoh ternama seperti Salahuddin Al-Ayubi sebagai contoh
terbaik untuk terus maju ke hadapan tanpa dipandang hina oleh orang luar.
Keperibadian beliau terserlah sejak beliau masih remaja. Beliau juga banyak
belajar tentang agama Islam sejak kecil lagi. Seperti kata-kata Saidina Umar
bin Al-Khattab:
“Ajarkan
anak-anak kalian berenang, memanah (menembak), seni mempertahankan diri dan
menunggang kuda.”
Sifatnya
yang suka merendah diri menjadikan beliau sentiasa dihormati dan disayangi oleh
penduduk Islam ketika itu. Beliau sentiasa menumpukan segala usaha dan
tenaganya kepada satu tujuan iaitu membina empayar Muslim yang cukup kuat bagi
menghalau keluar kaum Kristian dari Baitul Maqdis. Seterusnya, di medan perang,Salahuddin
kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan
sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu
penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Selain itu,
sifat penyayang dan belas kasihan Jerusalem jauh berbeza dengan tentera Salib.
Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian
menyerah kalah. Tenteranya juga amat bertanggungjawab, menjaga peraturan di
setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan walaupun tehadap orang-orang
Kristian. Selain itu, Salahuddin Al-Ayubi juga seorang yang pemurah. Kesemua
wang yang diperolehinya habis diberikan kepada mereka yang memerlukan. Dia juga
tidak terpengaruh dengan harta. Semasa mengambil alih pemerintahan Mesir,
Khalifah Adhid banyak meninggalkan harta namun dia tidak mengambilnya. Selain
itu, harta-harta rampasan perang juga dibahagikan kepada tenteranya. Ketika
meninggal dunia, beliau tidak memiliki sebuah rumah dan wang simpanannya hanya
empat dinar sahaja.
Daripada
kisah perjalanan hidup tokoh Islam iaitu Salahuddin Al Ayubi pastinya banyak
pengajaran dan ikhtibar yang diperolehi. Daripada sifatnya yang pemurah, sabar,
taat kepada Allah dan kelembutan hatinya, semoga ia dapat mengubah perjalanan
hidup kita dari hari ke hari. Semoga akhlak mulianya itu dapat dijadikan contoh
kepada kita semua yang masih diberi peluang di bumi Allah SWT.
HARAPAN
Sejarah Islam membuktikan bahawa hanya pemimpin yang kuat berpegang
teguh pada agama Islam dan merupakan teladan-teladan peribadi dan beramal soleh
yang mampun mencipta kejayaan dan mampu menyekat kemaraan musuh yang terdiri
dari Yahudi dan Nasrani, musuh utama umat Islam. Salahuddin Al Ayubi umpamanya
seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agama dan seorang yang beramal soleh telah Berjaya membebaskan
al-Quds pada hari Jumaat, 27 Rejab, 583 Hijrah.
Sikap
Salahuddin yang tidak pernah melupakan Allah itu harapnya memberi ingatan
kepada kita agar tidak lupa kepada Allah waku sedetik. Bertasbihlah kita kepadaNya
sebagaimana Salahuddin Al Ayubi sentiasa lakukan. Jadikan beliau idola kita
kerana dengan cara ini, insyaAllah ia akan membawa kita ke jalan yang benar.
Sikap
Salahuddin yang mendengar aduan dengan teliti itu telah menunjukkan bahawa
beliau adalah seorang peka. Semoga kita juga dapat mendidik diri kita untuk
menjadi seorang yang peka terhadap sesuatu perkara.
Daripada
kisah perjalanan hidup tokoh Islam iaitu Salahuddin Al Ayubi pastinya banyak
pengajaran dan ikhtibar yang diperolehi. Daripada sifatnya yang pemurah, sabar,
taat kepada Allah dan kelembutan hatinya, semoga ia dapat mengubah perjalanan
hidup kita dari hari ke hari. Semoga akhlak mulianya itu dapat dijadikan contoh
kepada kita semua yang masih diberi peluang di bumi Allah SWT.
Semoga
setelah membaca dan meneliti tentang perjalanan hidup Salahuddin, kita
mempunyai azam baharu yang mana kita berazam untuk menjadi yang lebih baik dari
diri kita sekarang.
PENUTUP
Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin.
Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, “Aku hendak beri tahu padamu
apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di
bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada
anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat
tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku
tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka
bumi atau jika ajalku sampai.
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin
ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia
57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis
mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia
jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja’afar seorang yang
wara’ telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan
Qur’an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah
nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk
di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur’an. Dalam masa ini
Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar
membacakan ayat, “Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang
ghaib dan yang nyata” (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum,
mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, “Memang benar”. Selepas
ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah
sebelum subuh, 27 Safar.
Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak
meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada
rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya.
Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya.
Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian ini.
Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
(Petikan dari Abul Hassan ali Nadwai, Saviors of
Islamic Spirit)
Awesome Blog ada Music ..cehh...
ReplyDeletekenapa xde kegigihan salahuddin menuntut ilmu
Deleteini pembaharuan Salahhuddin Al-Ayubi ke ?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyou pun student KV.sama la. U KV mana?
ReplyDeletemati kau la...aku kv nub
Deletepelajar kv ke?? kv mne?? saya kv perdagangan jb
ReplyDeleteTerima kasih sangat2...bila last minute buat folio and nampak ada blog yg kene mengena dengan folio, alhamdulillah
ReplyDeletekvbl...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSangat membantu terima kasih banyak-banyak untuk info ini
ReplyDeleteUntung budak KV
ReplyDeletekvnt
ReplyDeletesama la kita
Deletesama la kita
DeleteKv dianggap penjara
ReplyDeleteKantoi rokok pandai tanggung lah
ReplyDelete