Friday, 5 February 2016
Saturday, 17 October 2015
HOW TO SET AN IP ADDRESS (ENGLISH ASSIGNMENT) SEM 4
Introduction
TO :
TITLE : HOW TO SET AN IP ADDRESS
For my course
assignment, I have done survey on my topic, How To Set An IP Address. Out of my
survey, I will present to you my report.
IP Address is the
public Internet Protocol
Address of your computer. If your computer is behind a
router or used a proxy server to
view this page, the IP address shown is your router or proxy server.
It is a numbering label assigned to each device and participate
in a computer network that uses the Internet Protocol for
communication. An IP address serves two principal functions, there are host or
network interface identification and
location addressing.
HOW TO SET AN IP ADDRESS
Firstly,
click start and click control panel. Then, click network and sharing center.
Then when the Network
and Sharing Center opens, click on Change adapter settings.
Right-click on your
local adapter and select Properties. In the Local Area Connection Properties
window highlight Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4)then click
the Properties button.
Now select the radio
button Use the following IP address and enter in the correct
IP, Subnet mask, and Default gateway that corresponds with your network setup.
Then enter your Preferred and Alternate DNS server addresses. When you’re
finished click OK.
After that,close out of
the Local Area Connections Properties window. Windows will run network
diagnostics and verify the connection is good. Lastly,you can open the command
prompt and do an ipconfig to see the network adapter settings
have been successfully changed.
CONCLUSION
In conclusion, I found
out that static IP addresses
are manually assigned to a computer by an administrator. The exact procedure
varies according to platform. This contrasts with dynamic IP addresses, which
are assigned either by the computer interface or host software itself.
Monday, 7 September 2015
KEPENTINGAN INDUSTRI DAN KESAN PELUPUSAN SISA TERHADAP NEGARA (SEMESTER 4)
Pendahuluan
Jika
kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan
banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan
sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah
pada perkataan 'memerlukan penelitian bersama' .
Berdasarkan
kepada isu yang hendak dibincangkan 'memerlukan penelitian bersama' membawa
maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu
dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa .
Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah,
sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu
dirancangkan bagi mengatasi masalah ini .
Bagaimanakah
cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab atau
menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar
. Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu
memulihara alam sekitar atau sebaliknya ?
Unit
Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering
menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang
sepatutnya dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan
adakah usaha seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah
itu telah menjadi semakin rumit .
Jika
kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa
kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran
industri . Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi
membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini .
Tekanan
terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk .
- Pertamanya
tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air
dan juga tanah .
- Keduanya, ialah
sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran .
Ini
menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah
hijau, permusnahan ozon dan hujan asid .
Bila
kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar
untuk seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya,
apakah tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ?
Namun begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah
sebenarnya berpunca daripada tindakan individu juga . Oleh yang demikian,
tindakan individu jugalah yang dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini .
Industri terpenting di Malaysia
SEKTOR PERKHIDMATAN:
KAJIAN KES MALAYSIA
1.
Sektor
perkhidmatan dikenali juga sebagai sektor ekonomi tertiar atau sektor ekonomi
peringkat ketiga. Sektor ekonomi ini tidak mengeluarkan barangan,
sebaliknya membekalkan perkhidmatan kepada pengguna.
2.
Antara
contoh sektor perkhidmatan seperti sektor pengangkutan dan perhubungan,
kewangan dan insuran, hartanah, perkhidmatan permagaan, pelancongan, hotel dan
restoran, sektor utiliti elektrik, air dan gas, sektor pembinaan infrastruktur,
serta perkhidmatan kerajaan dan swasta.
3.
Di
Malaysia, sektor perkhidmatan dikategorikan sebagai industri tertiar dan
menjadi sektor ekonomi yang kedua terpenting selepas sektor perkilangan. Sektor
perkhidmatan mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai sektor ekonomi
utama negara pada masa hadapan. Kini industri perkhidmatan negara tumbuh dan
berkembang pesat sejajar dengan perkembangan pesat industri primer dan
sekunder.
INDUSTRI PELANCONGAN
Industri pelancongan
muncul sebagai sektor perkhidmatan yang paling banyak menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi Malaysia. Antara contoh aktiviti ekonomi yang berkaitan
dengan industri pelancongan di Malaysia adalah seperti perkhidmatan hotel, resort
dan chalet. perkhidmatan restoran, perkhidmatan pemandu pelancong. pengangkutan
dan telekomunikasi, aktiviti riadah atau rekreasi. persidangan dan forum,
pertandingan sukan dan kebudayaan. perkhidmatan utiliti elektrik, air dan
gas, serta perkhidmatan kewangan dan insurans yang melibatkan para pelancong.
1. Pada tahun 2000, Malaysia telah menerima
hampir 10.2 juta pelancong, asing. Jumlah ketibaan pelancong asing sentiasa
bertambah setiap tahun. Hampir 70% pelancong asing yang datang ke negara ini
adalah dari kalangan negara ASEAN manakala 30% dari Eropah, Amerika Syarikat,
serta negara-negara di rantau Asia Pasifik dan Oceania seperti Jepun, Korea,
Taiwan, China, Australia, dan New Zealand.
2. Jenis-Jenis Sektor Pelancongan
a. Eko-pelancongan – berkaitan keindahan alam
semulajadi cth Port Dickson
b. Agro-pelancongan- berkaitan kegiatan
pertanian cth Cameron Highland
c. Pelancongan kesihatan- mendapatkan rawatan
pakar cth IJN
d. Pelancongan pendidikan- melanjutkan pelajaran
cth UIA
e. Pelancongan budaya dan warisan- bandar Melaka
f. Pelancongan MICE (persidangan, konvensyen dan
pameran)
g. Pelancongan kapal mewah- cruise
h. Pelancongan sukan dan rekriasi- Formula One,
Power Boat
INDUSTRI
PENGANGKUTAN DAN TELEKOMUNIKASI
1. Industri pengangkutan dan telekomunikasi
menjadi sektor perkhidmatan yang kedua penting. Industri pengangkutan
melibatkan tiga bidang yang utama iaitu:
(a) pengangkutan darat seperti lebuh raya, jalan
raya, jalan kereta api, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Sistem Komuter,
Monorel dan Jalinan Transit Ekspres (ERL).
(b) pengangkutan air melibatkan sistem
pengangkutan sungai dan laut seperti perkhidmatan feri, kapal
pengangkut atau kapal dagang. bot dan sampan. Perkembangan pesat sistem
pengangkutan air menyebabkan munculnya pelabuhan entreport seperti Pelabuhan
Klang, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Gelang, dan Pelabuhan Tanjung
Pelepas.
(c) pengangkutan udara melibatkan kapal terbang
dan helikopter. Kewujudan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),
Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan
Lepas, Lapangan Terbang Senai, dan Lapangan Terbang Kuching membuktikan sistem
pengangkutan udara di Malaysia juga mengalami perkembangan yang pesat. Sistem
Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia merupakan syarikat pengangkutan udara
yang mendominasi industri penerbangan Malaysia pada masa kini.
2. Dalam bidang telekomunikasi pula, melibatkan
penggunaan telefon dan telefon bimbit, faksimili, kemudahan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT), internet dan intranet, dan sebagainya yang menyebabkan
penyebaran maklumat, inovasi, aliran keluar masuk modal, urusan perniagaan, dan
penerokaan pasaran menjadi lebih mudah dan cepat.
3. Konsep e-dagang merupakan bidang komunikasi
perdagangan global masa kini yang mesti dikuasai oleh Malaysia. Justeru,
kerajaan telah menjayakan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai
usaha menjana dan mempercepatkan pembangunan ICT negara.
Sumbangan Industri kepada Kemajuan Malaysia
Penggubalan
dasar perindustrian di Malaysia adalah lebih menjurus ke arah untuk
meningkatkan sumbangan dan prestasi sektor perindustrian negara. Memetik
kata-kata daripada mantan Perdana Menteri Ke-4, Tun Mahathir Mohamed, 1989 yang
berbunyi, "usaha-usaha untuk menjadikan sektor perindustiran, terutamanya
sektor pembuatan punca utama pertumbuhan ekonomi negara berjalan dengan lancar.
Sektor perindustrian bagi sektor pembuatan akan menjadi tulang belakang ekonomi
negara pada masa hadapan, kerajaan akan membuat pengubahsuaian segala dasar dan
strategi serta berusaha memperluaskan asas perindustrian dalam sektor
pembuatan". Nah, Sudah terang lagi bersuluh,Malaysia telah
melalui proses penekanan ketara dalam meningkatkan tahap industri negara sejak
awal tahun 80-an lagi. Kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamed dalam mentadbir negara bermula pada tahun 1981 sehingga 2003 telah
menyinarkan cahaya keilmuan yang hampir padam. Pada Februari 1991, beliau
telah mengemukakan ‘Wawasan 2020’ sebagai matlamat jangka masa panjang untuk
menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang membangun dan mempunyai nilai
kualiti tinggi. Pendekatan ini telah mewujudkan masyarakat makmur yang
mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Menurut beliau
lagi, matlamat kesembilan daripada Wawasan 2020 ini semestinya menjadi
keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Seiring
dengan dasar tersebut, melalui agenda sektor perindustrian sudah pasti
aspirasi negara maju menjelang 2020 akan dapat direalisasikan. Malahan,
peranan sektor perindustian tidak perlu lagi dipertikaikan kerana banyak
membawa kebaikan sama ada kepada rakyat mahupun negara.
Sebagai
pembuka kata dan bicara , kebaikan yang dibawa oleh sektor perindustrian
terhadap negara ialah dasar ini menyebabkan negara kita mampu mengurangkan
import terutama barangan tertentu. Sebagai bukti, import pada bulan
Oktober 2009 menurun sebanyak 2.3% berbanding September 2008 disebabkan
kemerosotan import barang pengantara sebanyak 10% terutamanya barangan
elektrik dan elektronik (E&E) sebanyak 8.5% dan produk besi dan keluli
sebanyak 28%. Pengurangan import ini berupaya dilakukan
kerana sektor perindustrian negara telah berjaya menghasilkan produk yang sama
terutama barangan elektrik dan elektronik pada harga yang lebih murah.
Selain itu, kalau dahulu negara kita pada era 70-an terpaksa mengimport
kereta dari negara Jepun atau negara barat tetapi kini keadaannya amat
berbeza sekali seperti langit dengan bumi kerana negara kita sekarang
sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri dalam menghasilkan kereta
buatan sendiri iaitu Proton mahupun Perodua. Situasi ini turut memberikan
kesan terhadap kadar imbangan perdagangan luar negara kerana kurang wang
yang mengalir ke luar negara untuk membayar barangan yang diimport. Lantas,
wang tersebut mampu digunakan untuk pembangunan sektor-sektor lain. Jadi,
sumber kewangan negara yang berlebihan itu dapat digunakan untuk meninggikan
taraf hidup rakyat. Tegasnya, kemajuan dalam sektor perindustrian berjaya
mengurangkan import negara yang dulunya negara kita terlalu bergantung kepada
barangan import tersebut.
Ekoran
daripada pengurangan import negara terhadap barangan tertentu, memang tidak
dapat disangkal lagi bahawa sektor perindustrian juga dapat meningkatkan
permintaan terhadap bahan mentah di negara ini. Pertumbuhan pesat dalam sektor
perkilangan sudah tentu membawa peningkatan dalam permintaan terhadap
bahan mentah umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Seterusnya,
menjadi antara intipati perindustrian untuk menghasilkan pelbagai produk
mengikut permintaan masyarakat di seantero dunia. Sebagai analogi yang
sudah diketahui umum, negara kita pernah ditakluki oleh kuasa asing untuk
menguasai sumber bahan mentah negara kerana harganya yang tinggi dan
permintaannya meluas dalam pasaran antarabangsa. Berdasarkan perangkaan
terkini, sumber bahan mentah seperti getah, petroleum dan kelapa sawit masih
mempunyai pasaran yang meluas di peringkat globalisasi. Berdasarkan
Perangkaan Perdagangan Luar Malaysia pada tahun 2012, didapati pengeluaran
minyak kelapa sawit meningkat sebanyak 7.9% kepada RM4.5 bilion. Keadaan
ini tentunya menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara kerana negara
mengeksport sumber-sumber ini ke luar negara. Di samping itu, sumber bahan
mentah seperti petroleum diperlukan dalam proses pengetinan makanan dan minyak
petrol bagi sektor perindustrian di negara kita. Malahan, minyak masak
dan sabun yang dihasilkan turut menggunakan kelapa sawit sebagai sumber
bahan mentah. Secara tidak langsung, harga komoditi negara sudah
pasti meningkat dengan mendadak dan memberi keuntungan kepada negara.
Izharlah, kepesatan dalam sektor perindustrian sudah ketara dapat
meningkatkan permintaan terhadap sumber bahan mentah negara.
Namun
demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah sektor
perindustrian memberikan kebaikan kepada rakyat dari segipeluang pekerjaan yang
luas. Kilang-kilang yang dibina di kawasan pedalaman mampu membuka
peluang pekerjaan kepada rakyat. Contoh pekerjaan yang biasa ditawarkan
kepada penduduk berdekatan seperti operator kilang, jurutera kilang, pengurus
kilang dan sebagainya. Peluang pekerjaan yang ditawarkan ini seharusnya
dimanfaatkan oleh rakyat bagi menampung keperluan hidup mereka. Sektor
perindustrian mampu menawarkan pelbagai peluang pekerjaan yang luas dari
pelbagai peringkat. Antaranya ialah peringkat pengeluaran, pemprosesan,
pemasangan, pembungkusan, pemasaran. Pada tahun 2001 sahaja, seramai 2.2
juta rakyat terlibat dalam sektor perindustrian iaitu bersamaan 22%
daripada jumlah tenaga kerja yang terdapat di Malaysia. Fenomena
ini sudah pasti dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan
rakyat. Sesungguhnya, sektor perindustrian mampu menawarkan peluang
pekerjaan yang luas kepada rakyat khususnya dalam bidang perkilangan.
Pada
realitinya, kepesatan dalam sektor perindustrian juga telah
berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat. Peningkatan taraf
hidup ini juga dapat dikaitkan dengan terhasilnya kemudahan-kemudahan seperti
pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan yang bertaraf tinggi kepada rakyat.
Semua kemudahan ini dinikmati oleh rakyat negara kita tanpa perlu
membayar kos yang lebih mahal. Kemudahan ini turut memudahkan rakyat
untuk menjalani kehidupan seharian mereka. Hal ini kerana upah atau gaji
hasil daripada titik peluh sendiri dapat menjamin masa depan diri dan keluarga.
Daripada realiti ini, dapat kita katakan bahawa masyarakat yang hidup susah,
kini dapat meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga mereka. Bertitik tolak
daripada itu, kita akui bahawa kemajuan sektor perindustrian yang pesat ini
telah memberikan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat sekali gus
meningkatkan taraf hidup rakyat. Taraf hidup rakyat juga sebenarnya
dapat diukur melalui pendapatan per kapita sesebuah negara. Situasi ini
dapat dibuktikan berdasarkan data World Development Indicators oleh Bank Dunia
pada 1 Julai 2009, Malaysia berada pada kedudukan ke-79 dengan pendapatan per
kapita sebesar US$ 13.740 per tahun. Sedangkan, Indonesia berada pada
kedudukan ke-146 dengan pendapatan per kapita sebesar US$ 3.830 per
tahun. Berdasarkan perangkaan ini, taraf hidup rakyat negara kita jauh
lebih baik daripada Indonesia secara perbandingannya 3.5 kali ganda.
Jelaslah bahawa semua ini terhasil daripada perkembangan yang pesat dalam
sektor perindustrian di Malaysia.
Intihanya,
sektor perindustrian mampu membawa pelbagai impak positif kepada rakyat dan
negara ini. Cuma dalam keghairahan kita menempa kejayaan dalam bidang
ini, semua pihak harus menyedari impak negatif yang turut mampu terhasil akibat
mengutamakan sektor ini. Mungkin kita harus merenung secara mendalam
penekanan kita dalam bidang ini sebelum impak yang buruk menjadi ketara
menjelang alaf mendatang. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum retak
menjadi parah, kepentingan sektor pertanian di negara kita juga tidak
seharusnya dipandang sebelah mata. Hal ini disebabkan hasil pertanian
merupakan sumber bekalan makanan kepada rakyat ini. Oleh itu, pihak
kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sewajarnya
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan menggembleng tenaga untuk
memajukan sektor pertanian dan perindustrian di negara kita. Hal ini
kerana sektor pertanian dan perindustrian di negara kita perlu bergerak
seiring, bahu-membahu, lengkap-melengkapi bak seni kata lagu Allahyarham
Tan Sri P.Ramlee bagai irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan. Dalam erti
kata yang lain, sektor perindustrian tidak boleh dipisahkan dengan sektor
perindustrian. Selari dengan itu, Malaysia berupaya menjadi sebuah negara
yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta dapat berdiri megah dengan
negara-negara maju yang lain umpama duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi.
Punca Pencemaran Industri
Kemusnahan alam
sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian dan sektor
pertanian yang merupakan sektor terpenting di negara kita turut menyumbang
dalam kemusnahan alam sekitar. Selain itu, punca-punca lain
adalah penggunaan baja kimia dan secara berlebihan, penebangan pokok-pokok
secara berleluasa, pembakaran terbuka, pembebasan gas-gas kimia, pengeluaran
dan pembuangan sisa-sisa toksik.
Sumber
pencemar daripada kawasan perindustrian ialah :-
·
Pembuangan sisa kilang
·
Pencemar dari penjana elektrik
·
Sumber pencemar dari bahan pertanian
Pembuangan
sisa kilang melalui kegiatan pihak pengusaha kilang yang suka membuang
sisa kilang ke dalam sungai seperti logam yang berbahaya contohnya zink, timah
hitam dan raksa membahayakan hidupan akuatik.Pembuangan bahan sisa yang
membahayakan ini boleh memusnahkan kawasan habitat hidupan akuatik dan boleh
memudaratkan kesihatan manusia yang menggunakan air atau memakan hidupan air yang
telah dicemari.
Sumber
pencemar dari penjana kuasa elektrik haba yang banyak menggunakan air
untuk proses penyejukan. Air yang panas akan dibuang ke dalam sungai
menyebabkan air di sekitar kawasan pembuangan airpanas tadi turut menjadi
panas. Air yang panas ini akan menganggu ekologi hidupan akuatik dalam sungai.
Kesan pemanasan air secara ini disifatkan sebagai pencemaran terma. Salah satu
kesan langsung daripada pencemaran terma ialah kematian ikan kerana kekurangan
oksigen akibat daripada perubahan suhu air di kawasan itu secara mendadak.
Terdapat juga hidupan yang terpaksa beradaptasi terhadap perubahan suhu ini dan
akan terus tinggal di kawasan ini manakala haiwan yang tidak dapat menyesuaikan
keadaan ini akan berpindah ke kawasan lain. Manakala haiwan yang tidak dapat
bergerak dengan pantas dan tidak dapat menyesuaikan keadaan ini akan mati.
Sumber pencemaran yang seterusnya adalah daripada sumber pencemar dari bahan pertanian seperti baja dan pembaik tanah yang digunakan untukaktiviti pertanian. Aktiviti ini biasanya mengggunakan baja untuk menyuburkan tanaman dan mendapatkan hasil tanaman yang banyak. Baja utama yang selalu digunakan dalam pertanian adalah sebatian nitrogen, fosforus dan kalium. Baja fosforus dan kalium diserap dengan mudahnya pada zarah tanih dan jarang menjadi masalah pencemar. Tetapi nitrogen di dalam larutan hanya sebahagiannya sahaja digunakan oleh tumbuh-tumbuhan atau diserap oleh tanih dan baja nitrogen ini merupakan bahan pencemar utama kepada kawasan sungai.
Selain itu pembaik tanih digunakan untuk tanah yang dialirkan untuk mengubah sifat fizik atau sifat kimia tanih. Untuk tujuan ini kapur, gipsum dan sulfur digunakan dengan meluasnya. Sejumlah besar pembaik tanih ini akan melarut lesap akhirnya ke air tanah dan apabila berlakunya hujan, bahan-bahan ini akan dihanyutkan oleh air ke dalam sungai. Justeru itu, sumber pencemar ini akan mengurangkan air bersih di kawasan Sungai Melaka.
Racun
perosak juga merupakan bahan pencemar yang menjadi bahan penting di kawasan pertanian sebagai punca resapan
untuk pencemaran air. Kehadiran bahan ini di dalam sungai walaupun dalam
kepekatan yang kecil, boleh mendatangkan akibat yang serius dalam hubungannya
kepada kebolehan air untuk diminum. Kebanyakan racun perosak secara relatifnya
tak larut di dalam air, sementaranya yang lainnya mudah diserap oleh zarah
tanih atau terdedah kepada penyahgredan mikrob. Racun yang berada di kawasan
Sungai Melaka ini juga telah menyebabkan banyak hidupan akuatik telah mati
akibat terdedah dengan racun perosak ini.
Kesan Pencemaran kepada Alam Sekitar dan Manusia
- Mengancam
Kesihatan Manusia
Akibat
daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara
kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat
berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi
pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya
pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi .
Pengeluaran
gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul
dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui
penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang
sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan
kanak-kanak .
Selain
dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang
masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur
penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan
kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan
raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali
sebagai penyakit Minamata .
- Mengancam
tumbuhan dan binatang
Kesan
daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut
memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak
membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak
ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran
pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung .
Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .
Antara
kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan
tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada
penggunaan sumber air tersebut .
Sebagai
contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di
Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba
menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang
berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati .
Kapal
Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975,
menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia .
Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak
masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang
terkenal sebagai akuakultur .
- Kerosakan Harta
Benda
Pencemaran
yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut
taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta
benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia
iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini
disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara
kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan
kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .
Kaedah Mengawal Pelupusan Sisa Industri
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran ini terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu peringkat antarabangsa, pemerintah,organisasi dan individu. Pada peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Greenpeacetelah ditubuhkan. Kedua-dua pertubuhan ini bertindak sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar. Greenpeace pula memberi maklumat kepada orang ramai mengenai pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku sesuatau pencemaran alam.
Pihak
pemerintah dalam negeri perlu membantu bagi mengatasi masalah ini, misalnya
Singapura, telah mengadakan berbagai undang-undang dan acara untuk meningkatkan
lagi mutu alam sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah
merata-rata akan dikenakan denda dan kehendaki membersihkan kawasan dengan
diawasi oleh pegawai yang bertugas. Industri-industri yang membuang sampah atau
kimia sewenang-wenangnya akan disaman.
Organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Pendidik harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral bagi memupuk sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai rakyat pula boleh mangadakan pertandingan pada blok, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja booleh mengadakan himpunan untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggungjawab dalam pembuangan sampah.
Sebagai seorang individu, kita hendaklah bijak memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan . Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.
Organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Pendidik harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral bagi memupuk sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai rakyat pula boleh mangadakan pertandingan pada blok, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja booleh mengadakan himpunan untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggungjawab dalam pembuangan sampah.
Sebagai seorang individu, kita hendaklah bijak memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan . Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.
Penutup
Kita
sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam
keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan
menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini
sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?
Bumi
adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup
bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan
penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada
semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala
tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan
hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga
kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan
kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.
Secara
globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang
harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang
timbul dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap
dijalankan oleh agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam
menangani masalah ini. Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi
yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan
segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi maritim
dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di
laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut tidak akan dapat
diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri
pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang
tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan
berulang lagi.
Penglibatan
JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama
dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar.
Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis
dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.
Alam
semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita mencurahkan
bahan kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita
melemparkan sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera
"delicate" yang pernah diciptakan.
KEPENTINGAN ICT DALAM KEHIDUPAN (SEMESTER 3)
PENGENALAN
Kebanyakkan kita menggunakan ICT untuk kegunaan
seharian kita.Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) ialah satu inovasi dalam
kehidupan masyarakat Malaysia hari ini.Sama seperti lain-lain perkara yang
baharu diperkenalkan dalam kehidupan sesuatu masyarakat iainya tentu
menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian dari budaya
hidup.Penerimaan ICT ini banyak bergantung kepada faktor-faktor seperti
kemudahan untuk kecanggihannya dan manfaat yang boleh diperolehi darinya.
Justeru, penerimaan ahli-ahli masyarakat terhadap ICT juga sama dengan
penerimaan mereka terhadap lain-lain inovasi. Persepsi masyarakat terhadap ICT
merupakan faktor penentu yang penting kepada keputusan mereka untuk menerima
atau menolak teknologi ini.Penggunaan ICT dalam kehidupan memberi impak yang
positif kepada kita terutamanya memudahkan kita melakukan kerja-kerja
harian.Contohnya, memudahkan kita mencari maklumat semasa hanya dengan melayari
internet.Maka, penggunaan ICT pada masa sekarang sangat penting dari
kanak-kanak hingga dewasa.
DEFINISI
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT
merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkuo
tajuknya sangat luas, ia berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat. Secara mudahnya, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah,
menyimpan, melindungi, memproses dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat
dan waktu.
Teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai
satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat
menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui, teknologi disifatkan
sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi
sangat pantas. Sebenarnya, teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan
komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, fax , telegram dan
satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
FUNGSI PENGGUNAAN ICT
v
Membantu
pengurusan pendidikan
Teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan
diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam
organisasi. ICT memang membantu dan menolong mereka(pengurus sekolah) untuk
berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat.
v
Memperoleh
pelbagai sumber maklumat
Guru-guru boleh memperolehi
maklumat dari pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan
pengajaran (P&P) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi. Tujuan utama
ICT adalah membantu sesuatu organisasi mencapai matlamat dengan membekalkan
pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi.
v
Dapat
jadikan pendidikan dari jarak jauh
Pendidikan jarak jauh dapat
diwujudkan dengan adanya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin
menampakkan pembelajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna
pendidikan konvensional perlu dihapuskan. Sesetengah daripadanya perlu
dikekalkan bagi membolehkan pelajar mempelajari kemahiran tertentu.
v
Perdagangan
elektronik
Perdagangan elektronik ditakrifkan
sebagai telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan
kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian, pengguna tidak perlu
keluar rumah untuk melakukan pemindahan kewangan.
v
Memudahkan
aktiviti perbankan
Dengan adanya rangkaian teknologi
maklumat, aktiviti perbankan dan pasaran dapat dijalankan. Ini akan member
pengaruh besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut
sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham.
Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut
dijalankan dengan selamat.
KEBAIKAN PENGGUNAAN ICT
1.
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
- guru boleh mendapatkan maklumat dengan lebih
cepat melalui internet serta menyampaikan kepada pelajar dengan lebih
berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik apabila guru
menggunakan ICT sebagai alat bantu mengajar seperti penggunaan powerpoint,
flash, video. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan
didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk
difahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya
persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
2. mewujudkan suasana yang menyeronokkan.
- guru dapat mempelbagaikan pengajaran dengan
menggunakan ICT serta memperoleh maklumat dengan cepat dan
berkesan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar
mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta
efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat digunakan dalam
aktiviti pembelajaran. Guru dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan
menggunakan ICT yang akan menarik minat pelajar untuk melibatkan diri
secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan aktif
daripada pelajar akan mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan pelajar
akan lebih minat untuk belajar.
- melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan
mengenai ICT seperti komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet
dan sebagainya. Proses pengajaran yang melibatkan ICT secara tidak
langsung akan melibatkan guru dan pelajar menggunakan ICT. Oleh itu,
pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan kemahiran guru dan pelajar
dalam penggunaan teknologi.
- guru boleh menggunakan ICT untuk menghasilkan
bahan pengajaran yang menarik mengikut minat pelajar. Jadi, guru dapat
menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan dengan bantuan ICT.
Contohnya, guru boleh menggunakan video untuk pelajar yang lebih suka
kepada gambaran. Oleh itu, guru dapat menarik minat pelajar dan pelajar
akan lebih fokus kepada pengajaran guru kerana minat. Jadi, guru akan memberi
peluang yang sama kepada semua murid dengan menggunakan ICT dan
diaplikasikan mengikut kehendak murid atau kebohupayaan seseorang murid
itu.
KEBURUKAN PENGGUNAAN ICT
·
fitnah
dapat disebar dengan mudah , ia memang sukar untuk dibendung kerana sesiapa
sahaja boleh menulis dan menyiarkan maklumat, maklumat yang disiarkan sukar
untuk menentukan kesahihannya.
2. menjadikan seseorang leka
·
ICT boleh
menjadikan pelajar leka pada saat mereka menggunakan ICT, ia kerana mereka
telah salahgunanya dengan bermain game dan bersosial dengan masyarakat luar.
3. terdedah kepada perkara tidak baik
·
pengguna
akan terdedah kepada perkara baik seperti cerita, gambar dan pembicaraan yang
berunsur lucah, ia akan mempengaruhi pengguna untuk melakukan sesuatu yang
tidak baik.
4. peningkatan pengangguran
·
penggunaan
bahasa inggeris dalam komunikasi perniagaan telah menyebabkan masyarakat kurang
mahir dalam penggunaan bahasa inggeris menganggur.
PENUTUP
Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan
yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa.Namun begitu, kita
harus memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang positif.Ini adalah untuk
memastikan bahawa masyarakat dapat membangun dengan fikiran yang inovatif dan
kreatif.Penggunaan teknologi komunikasi ini boleh mendatangkan kebaikan dan
keburukan dan ianya bergantung kepada individu itu sendiri tentang bagaimana
ianya hendak memanfaatkan teknoloi tersebut terhadap dirinya.Kebaikan ICT
memang tidak dapat dinafikan, namun teknologi masa kini memerlukan pemantauan
dan pengawasan yang sewajarnya agar tidak menimbulkan sebarang kesan negative.
Masyarakat perlu saling mengingatkan antara satu sama lain bahawa ICT mampu
memberi faedah yang berguna untuk kepentingan masa hadapan.
FOLIO SALAHUDDIN AL AYUBBI SEMESTER 3
RIWAYAT HIDUP
Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah
keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan
pelajarannya. Ayahnya,Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun
Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur
ad-Din.
Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak
orang Kurd biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu
sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang
menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak
Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela
akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya
demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran
sehingga ke hari ini.
Salahuddin menerima latihan ketenteraan
daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu
merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam
kempennya menentang Kerajaan
Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah
(akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada
tahun 1169. Di sana, dia mengambil
alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawahKerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat
awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau
dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun
sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam
mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke
atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu
dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.
Apabila khalifah itu meninggal dunia pada
bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama KhalifahAl-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat.
Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil
Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan
perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya
mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga
Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan.
Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke
atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau
kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan
Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.
SIFAT
PERIBADI
Stanley
Lane Poole seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang
gabenor yang memiliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan
sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang yang hebat pada masa hadapan. Akan
tetapi ia menunjukkan akhlak mulia. Antara sifat peribadi Salahuddin Al Ayubi
adalah :
i.
Seorang yang amanah dan tidak lupa akan Allah
·
Penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberi
masa kepada rakyat dua kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Semua
orang boleh berjumpa dengannya. Beliau sendiri akan membacakan aduan yang
diterima dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulisnya akan tindakan yang
perlu diambil dan terus ditandatanganinya. Beliau tidak membenarkan orang
meninggalkannya selagi beliau belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam waktu
yang sama, beliau bertasbih kepada Allah.
ii.
Seorang yang sabar dan tidak cepat marah
·
Beliau sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu
dan khadamnya walaupun mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya.
Beliau tidak pernah menunjukkan kemarahanya kepada pembantunya. Pada suatu
ketika, beliau hendak mandi selepas mengalami sakit yang lama dan didapati air
yang disediakan agak panas lalu dimintanya air sejuk. Sebanyak dua kali
khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kearahnya. Disebabkan beliau belum
sihat, beliau merasakan kesejukan te,tapi ia hanya berkata, “katakana saja
kalau kau tak suka kepadaku”. Lalu khadamnya meminta maaf dan beliau terus
memaafkannya.
iii.
Seorang yang pemurah dan baik
·
Suatu ketika beliau berjaya menawan bandar ‘Amad. Lalu
seorang perwira tentera, Qurra Arslan menyatakan keinginannya untuk memerintah
bandar itu. Dengan senang hati, beliau memberikannya. Bahkan beberapa ketika,
beliau menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Lihat betapa
pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk
digunakan semasa kecemasan. Jika beliau tahu, akan disedekahkan khazanah negara
sehingga habis.
iv.
Seorang yang mempunyai hati yang lembut
·
Hatinya sangat lembut hingga mudah terkesan apabila
melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari, seorang perempuan
kristian dating mengadu kehilangan bayi. Perempuan itu menangis di hadapan
Salahuddin sambil menceritakan banyinya hilang dari khemahnya. Perempuan itu
mengatakan bahawa hanya Salahuddin yang boleh dapatkan bayi itu kembali.
Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu hinggan beliau turut menangis.
KEGIGIHAN
SALAHUDDIN AL AYUBI
Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin
mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun.
Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan
tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya.
Maka Salahuddin menjawab, “Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang
kuda”.
Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat
sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. “Apabila ia sakit”, kata
Bahauddin, Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur
akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda
untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan
orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari
menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya
akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada
waktu malam”.
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh
menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan
tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika
berperang ia sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang
mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan
memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada
mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin.
Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa
lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perkara ini ia segera
mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang
berkecamuk dengan sengitnya.
Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang
untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga
600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih
sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa
ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal
tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang.
Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu
peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran
dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah
merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin
dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya
mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi
kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang
7,000 mayat-mayat.
Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu
hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, “Aku hendak beri tahu padamu apa yang
ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah
kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku,
ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku
akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan
meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau
jika ajalku sampai.
SUMBANGAN
SALAHUDDIN AL AYUBI
Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam.
Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan
semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan
diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja
Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja
duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua
kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan
melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah
aku akan menuntut bela Muhammat atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya
dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal
dari khemah.
Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana
menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan
mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja
membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas,
jadi terjadilah apa yang telah terjadi".
Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam
dan Nabi Muhammad. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin
mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas
kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani.
Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada nabi kamu ,
Muhammad, untuk menyelematkan kamu". Apabila ia mendapat berita ini ia
telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat
menangkapnya.
Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga
mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia
mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat
gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan
utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru
negerinya. Di samping Qur’an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.
Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang
dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta
sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur’an.
SUMBANGAN
SALAHUDDIN AL AYUBI
Antara sumbangan Salahuddin Al Ayubi dalam peperangan adalah :-
Peperangan Salib di Hittin
Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin
dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24
Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja
Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald
dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari
Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga
tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole
menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang
tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah.
Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu
di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala
manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian
telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang
dapat dilihat memutih dari jauh.
Salahuddin Menawan Baitul Muqaddis
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin
untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin
sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan
mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab,
583H, iaitu pada hari Isra’ Mi’raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat
Rasulullah SAW naik ke langit.
Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan.
Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang
biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang
datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang
untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua
pembesar-pembesar datang. Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan
Allah” telah memenuhi langit.
Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul
Muqaddid. Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan. Betapa
hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu
betapa hebatnya hari itu.
SUMBANGAN
SALAHUDDIN AL AYUBI
Perang Salib Ketiga
Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang
Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh
Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa
hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan
tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan
dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin.
Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti
Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus
raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders
telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa
pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan
kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh
tentera bersekutu yang besar itu.
Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah
pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat
perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah
pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah
pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.
Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang
Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada
bulan Julai, 1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan
orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192 M,
keseluruhannya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke
Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun
sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian.
Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja
England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders
dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan
Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada
pemerintahan Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik
dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu,
tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.
Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang
telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan
Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan
itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga
mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq
mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak
pernah berbelah bagi.
Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di
Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini,
Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari
Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang
Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi
Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan dari pada mula
peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.
Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa
syura. Ia mempunyai majlis syura (musyawarah)yang membuat keputusan-keputusan
ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri.
Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang
lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu
ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya,
pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai
sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya
menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan
perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada
Salahuddin.
IKHTIBAR DARI
KISAH HIDUP SALAHUDDIN
Sifat
kepahlawanan Salahuddin Al-Ayubi sentiasa menjadi contoh dan tauladan yang baik
kepada setiap orang Islam di dunia ini. Sebagai manusia biasa, kita harus
menjadikan tokoh-tokoh ternama seperti Salahuddin Al-Ayubi sebagai contoh
terbaik untuk terus maju ke hadapan tanpa dipandang hina oleh orang luar.
Keperibadian beliau terserlah sejak beliau masih remaja. Beliau juga banyak
belajar tentang agama Islam sejak kecil lagi. Seperti kata-kata Saidina Umar
bin Al-Khattab:
“Ajarkan
anak-anak kalian berenang, memanah (menembak), seni mempertahankan diri dan
menunggang kuda.”
Sifatnya
yang suka merendah diri menjadikan beliau sentiasa dihormati dan disayangi oleh
penduduk Islam ketika itu. Beliau sentiasa menumpukan segala usaha dan
tenaganya kepada satu tujuan iaitu membina empayar Muslim yang cukup kuat bagi
menghalau keluar kaum Kristian dari Baitul Maqdis. Seterusnya, di medan perang,Salahuddin
kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan
sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu
penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Selain itu,
sifat penyayang dan belas kasihan Jerusalem jauh berbeza dengan tentera Salib.
Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian
menyerah kalah. Tenteranya juga amat bertanggungjawab, menjaga peraturan di
setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan walaupun tehadap orang-orang
Kristian. Selain itu, Salahuddin Al-Ayubi juga seorang yang pemurah. Kesemua
wang yang diperolehinya habis diberikan kepada mereka yang memerlukan. Dia juga
tidak terpengaruh dengan harta. Semasa mengambil alih pemerintahan Mesir,
Khalifah Adhid banyak meninggalkan harta namun dia tidak mengambilnya. Selain
itu, harta-harta rampasan perang juga dibahagikan kepada tenteranya. Ketika
meninggal dunia, beliau tidak memiliki sebuah rumah dan wang simpanannya hanya
empat dinar sahaja.
Daripada
kisah perjalanan hidup tokoh Islam iaitu Salahuddin Al Ayubi pastinya banyak
pengajaran dan ikhtibar yang diperolehi. Daripada sifatnya yang pemurah, sabar,
taat kepada Allah dan kelembutan hatinya, semoga ia dapat mengubah perjalanan
hidup kita dari hari ke hari. Semoga akhlak mulianya itu dapat dijadikan contoh
kepada kita semua yang masih diberi peluang di bumi Allah SWT.
HARAPAN
Sejarah Islam membuktikan bahawa hanya pemimpin yang kuat berpegang
teguh pada agama Islam dan merupakan teladan-teladan peribadi dan beramal soleh
yang mampun mencipta kejayaan dan mampu menyekat kemaraan musuh yang terdiri
dari Yahudi dan Nasrani, musuh utama umat Islam. Salahuddin Al Ayubi umpamanya
seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agama dan seorang yang beramal soleh telah Berjaya membebaskan
al-Quds pada hari Jumaat, 27 Rejab, 583 Hijrah.
Sikap
Salahuddin yang tidak pernah melupakan Allah itu harapnya memberi ingatan
kepada kita agar tidak lupa kepada Allah waku sedetik. Bertasbihlah kita kepadaNya
sebagaimana Salahuddin Al Ayubi sentiasa lakukan. Jadikan beliau idola kita
kerana dengan cara ini, insyaAllah ia akan membawa kita ke jalan yang benar.
Sikap
Salahuddin yang mendengar aduan dengan teliti itu telah menunjukkan bahawa
beliau adalah seorang peka. Semoga kita juga dapat mendidik diri kita untuk
menjadi seorang yang peka terhadap sesuatu perkara.
Daripada
kisah perjalanan hidup tokoh Islam iaitu Salahuddin Al Ayubi pastinya banyak
pengajaran dan ikhtibar yang diperolehi. Daripada sifatnya yang pemurah, sabar,
taat kepada Allah dan kelembutan hatinya, semoga ia dapat mengubah perjalanan
hidup kita dari hari ke hari. Semoga akhlak mulianya itu dapat dijadikan contoh
kepada kita semua yang masih diberi peluang di bumi Allah SWT.
Semoga
setelah membaca dan meneliti tentang perjalanan hidup Salahuddin, kita
mempunyai azam baharu yang mana kita berazam untuk menjadi yang lebih baik dari
diri kita sekarang.
PENUTUP
Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin.
Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, “Aku hendak beri tahu padamu
apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di
bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada
anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat
tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku
tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka
bumi atau jika ajalku sampai.
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin
ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia
57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis
mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia
jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja’afar seorang yang
wara’ telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan
Qur’an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah
nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk
di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur’an. Dalam masa ini
Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar
membacakan ayat, “Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang
ghaib dan yang nyata” (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum,
mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, “Memang benar”. Selepas
ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah
sebelum subuh, 27 Safar.
Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak
meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada
rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya.
Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya.
Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian ini.
Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
(Petikan dari Abul Hassan ali Nadwai, Saviors of
Islamic Spirit)
Subscribe to:
Posts (Atom)

